15 Mac 2009

Karnival Futsal di Real Sports Arena

Pada hari Ahad 15 Mac, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Shah Alam Klang telah mengadakan Karnival Sukan Remaja dengan jayanya. Karnival tersebut telah disertai oleh remaja-remaja yang datang dari segenap pelusuk daerah Shah Alam dan Klang serta tidak ketinggalan juga dari Jeram.


Program telah dimulakan dengan kata-kata aluan dan semangat daripada pengarah program Akh Azizudin bin Saidin dengan menekankan bahawa karnival kali ini bukan semata-mata untuk mencari kemenangan perlawanan tetapi sebaliknya mementingkan kemenangan sebenar iaitu dalam berukhuwwah, berkenal-kenalan antara satu sama lain. Kemudian, ucapan beliau diiringi dengan perasmian karnival yang dirasmikan oleh Akh Razak merangkap Timbalan YDP ISMA Shah Alam Klang. Beliau juga ada menyuntikkan beberapa pedoman, peringatan serta nasihat iaitu betapa pentingnya kita sebagai seorang muslim lebih-lebih lagi sebagai pemuda atau remaja untuk menjadi sihat dan kuat tubuh badan kerana "Allah lebih menyukai mu'min yang kuat daripada mu'min yang lemah".

Sebanyak 23 kumpulan yang telah mengambil penyertaan dalam acara karnival futsal kali ini. Kumpulan-kumpulan ini telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang mana ia berbentuk liga. Kemudian 3 tempat teratas setiap kumpulan telah berjaya menjejakkan langkah ke stage 2 iaitu stage kalah mati. Perlawanan begitu sengit sekali sehingga dilanjutkan lagi masa perlawanan bagi menentukan pemenang.

Akhir sekali, kejohanan telah dimenangi oleh SS Boyz, sebuah kumpulan mantap dari Klang yang menyaksikan kehebatan skil dan bakat setiap daripada ahlinya. Bagi tempat ketiga, telah dimenangi oleh kumpulan Padang Maahad yang datang jauh dari daerah Jeram setelah menewaskan kumpulan Syabab Rabi'ah yang juga wakil dari daerah Jeram. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YDP ISMA Shah Alam Klang iaitu Dr Amiruddin kepada para pemenang seterusnya merasmikan penutupan Karnival Futsal Remaja 2009.

antara kumpulan yang beraksi dengan cemerlang



Penggerak yang bertungkus lumus menggerakkan program

Lebih banyak gambar di GALERI KRIMSAK.

08 Mac 2009

Karnival Maulidur Rasul di Masjid Baitur Rahman


Program Qiamulail dan Ceramah Maulidur Rasul anjuran KRIM (Kelab Remaja ISMA) Shah Alam Klang dan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli mahupun daripada penduduk setempat sekitar SS9, Putra Heights dan Subang Jaya.

Program tersebut telah dimulakan dengan sesi taaruf antara peserta yang menyertai program selepas waktu Isya'. Kemudian, program tersebut telah diikuti dengan sesi taddabur al-Quran yang telah diketuai oleh Akh Ibrahim Syarkawi. Dalam pada masa yang sama, beberapa penggerak KRIM dan ISMA telah memulakan persiapan khemah untuk jualan hari esoknya.


Pada jam 5.00 pagi, peserta telah dibangkitkan dari buaian mimpi telah melakukan qiamullail secara berjamaah. Qiamullail tersebut telah dipimpin oleh Akh Fuad yang mana suaranya telah mengayunkan kesejukan ketika berqiamullail. Sesudah selesainya solat subuh, peserta juga telah disajikan ceramah pembangkit mengenai Maulidur Rasul. Penceramah telah membicarakan tentang pentingnya kita untuk menjadikan Rasullulah sebagai contoh ikutan, bukannya dengan menghafal tarikh kelahiran baginda sahaja. Makanan berupakan mee hoon juga telah disediakan.

Tepat jam 8 pagi, kanak-kanak dari pelbagai tempat juga telah bersama-sama meriahkan lagi program. Ada diantara yang menyertai nasyid dan syarahan. Untuk pengetahuan, NAZIM juga telah menghantar wakil nasyid yang terdiri daripada banat-banat. Mereka telah mendapat tempat kelima dalam pertandingan tersebut.




Gerai jualan Kelab Remaja ISMA (KRIM)

Di gerai KRIM, pelbagai produk yang telah disediakan,antaranya buku-buku islam dan kanak-kanak, baju muslimah, air zam-zam, cd nasyid dan sebagainya. Penduduk telah berpusu-pusu ke gerai KRIM untuk menyertai program yang bakal diadakan. Selain itu,buku-buku islam juga turut laku dalam gerai tersebut. Gerai KRIM telah beroperasi sehingga malam di mana ada pelbagai program yang dianjurkan Masjid Baitur Rahman.

Insyallah, ISMA dan KRIM Shah Alam Klang akan terus mengadakan program sebegini di masa akan datang untuk merapatkan lagi ukhuwwah antara sesama ahli dan sesama masyarakat.

06 Mac 2009

Qiamullail & Sambutan Maulidur Rasul 1430H


Satu Program Qiam dan dan Sambutan Maulidurrasul
bersama penduduk Seksyen 9 Putra Heights akan diadakan di Surau Baiturrahman di kawasan yang sama.

Program yang akan diadakan pada 7 dan 8 Mac 2009 ini adalah kerjasama antara Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA Shah Alam), Kelab Remaja ISMA (KRIM Shah Alam), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA Shah Alam), bersama Ahli Jawatankuasa Surau Baiturrahman dan penduduk setempat.

Gerai jualan akan dibuka daripada pagi Ahad 8 Mac. KRIM & Biro Awlad akan buka satu gerai, PEMBINA akan buka satu gerai.

Maklumat lanjut layari ismashahalam.blogspot.com

01 Mac 2009

Kejohanan Futsal Remaja 2009


Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi...
Sudahkah anda merancang musim cuti ini dengan sebaiknya?
Jika belum marilah bersama-sama kami menyertai KEJOHANAN FUTSAL REMAJA anjuran KRIM Shah Alam Klang bagi mengeratkan lagi ukhuwwah serta memeriahkan acara!! Butiran adalah seperti berikut:-

Tarikh : 15 Mac 2009 (Ahad)
Tempat : Real Sport Arena, Klang, Selangor
Masa : 8.00 pagi ~ 12.00 tengah hari

PENYERTAAN
Remaja lelaki berumur 13~17 tahun sahaja
1 kumpulan : 7 orang
Yuran : RM70.00 (satu kumpulan)

PENDAFTARAN & PERTANYAAN
Abu Aiman : 019-2392274
Anas : 017-6609062
Danial : 013-9992032

Tarikh tutup pendaftaran : 12 Mac 2009

Borang penyertaan klik sini.
Syarat & peraturan klik sini.
Peta lokasi klik sini.

 
Powered by Blogger