26 Januari 2012

BRIGED 2!!!

Ayuh sertai dan daftar tempat atas di talian tertera...tempat terhad buat 40 peserta pertama....



03 Januari 2012

Gadjet Maksiat



Gadjet maksiat ?

Apakah itu ?

Cuba adik-adik lihat dan perhati betul-betul komputer riba dan juga peti televisyen di rumah ? Pada masa yang sama perhatikan juga telefon bimbit milik adik-adik ? I-Pad ? PSP ? PS2 ? PS 3 dan bermacam-macam lagi . Bolehkah gadjet adik-adik ini mengundang maksiat ?

Adik-adik yang dikasihi sekalian

Sebelum abang bercerita lebih lanjut, ingin sekali abang bertanya. Apa yang sudah adik lakukan semasa cuti sekolah yang baru sahaja berakhir ini ?

Adakah masa adik-adik banyak dihabiskan di depan televisyen ? Menonton siaran kartun dari pagi hingga ke petang ?

Ataupun di depan komputer riba ? Ber"facebook" siang dan malam ?

Ataupun juga sibuk bermain game hingga terlupa solat ?

Bahaya Gadjet-gadjet ini

Zaman sekarang, dunia dilambakkan dengan bermacam-macam kemudahan media. Pada satu sudut, benar, ia memudahkan lagi proses perhubungan antara dua, tiga, atau lebih individu. Namun, harus diingat, jika disalahgunakan, padah yang lebih buruk menanti adik-adik.

Sebagai contoh. Telefon bimbit. Jika dahulu, abang diberi kepercayaan untuk menggunakan telefon bimbit sendiri hanya ketika berumur 15 tahun. Namun sekarang, kanak-kanak seawal usia 6 tahun sudah memiliki telefon bimbit sendiri. Yang lebih menyedihkan, adik-adik seawal usia 7-9 tahun sudah mula menggunakan telefon bimbit mereka untuk bergayut dengan teman istimewa masing-masing.

"Facebook" , "Youtube", "Twitter" dan sebagainya. Abang pasti, adik-adik pasti memiliki akaun di laman-laman berikut. Namun ;

Facebook sebagai contoh, walaupun memudahkan lagi perhubungan, namun ia sebenarnya sangat membahayakan. Bukan bermaksud abang ingin melarang penggunaan laman sesawang ini. Tetapi, jika kita asyik ber "Facebook" siang dan malam, adik-adik pasti akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang "pelajar" , "anak" dan juga sebagai "hamba Allah"

Berapa ramai dari kita yang boleh menjamin, akan solat tepat pada waktunya, menolong ibu di dapur, belajar sekurang-kurangnya 2 jam sehari. Tanggungjawab anda pasti akan terjejas jika sibuk "ber Facebook" siang dan malam.

Pesanan

Untuk adik-adik perempuan, elakkan dari meletak gambar-gambar di Facebook. Lebih-lebih lagi gambar yang tidak menutup aurat. Cukuplah sekadar dipertontonkan sesama ahli keluarga dan rakan-rakan sejantina sahaja. Langkah yang terbaik privacy kan wall dan photos adik-adik. Ini kerana, wanita itu tersangat berharga dan mulia. Jangan dipertontonkan malahan ditayangkan sekadar suka-suka gambar adik-adik. Ingatlah ;

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah"

Kurangkan juga penggunaan Facebook semasa sesi persekolahan. Gunakan hanya ketika waktu lapang sahaja. Ingat, tanggungjawab adik-adik terhadap pelajaran jauh lebih besar lagi.

Bagi adik-adik lelaki, kurangkan juga ber Facebook, bermain game dan sebagainya. Sebolehnya, ketika melayari internet, jangan berseorangan. Elakkan dari menonton "Laman web lucah". Masakini, semuanya boleh, asalkan ada kemahuan. Maka, adik-adik harus bijak menggunakan internet. Sekali terjebak, amat sukar untuk berhenti.

Konklusi

Gadjet ini, pada asalnya adalah "harus" hukumnya. Jika kita menggunakan kearah kebaikkan seperti berdakwah di laman maya, akan ada kebaikkan untuk kita.

Namun, jika digunakan secara sesuka hati untuk berhubung sesama bukan muhrim seperti "mengurat awek" (istilah remaja sekarang), menonton video lucah, memperagakan aurat di laman sesawang. Maka, penggunaan gadjet ini bertukar "haram" hukumnya.

Ingat adik-adik, remaja yang soleh dan solehah itu sangat "bergaya" bukan sahaja di sisi manusia, tetapi juga di sisi Allah. Ini kerana, adik-adik adalah aset kepada Agama, negara dan bangsa pada masa hadapan. Oleh itu,

Katakan tidak kepada penyalah gunaan gadjet-gadjet ini. Adik-adik mampu merubahnya.

p/s : Jangan lupa layari laman web "Muslim teens digest" untuk bacaan penuh interaktif dan informatif.

Oleh ;

Aktivis KRIM SA

 
Powered by Blogger