09 Februari 2012

Tawaran Biasiswa


Sebaik sahaja tamat musim peperiksaan SPM, STPM, STAM, pasti ramai yang masih mencari hala tuju masing-masing. Jadi, buat mereka yang masih mencari-cari untuk mendapatkan bantuan pelajaran, berikut merupakan antara maklumat biasiswa yang ditawarkan bagi lepasan SPM, STPM dan STAM 2011:


1. Allianze University College of Medical Sciences - Dana Pendidikan Perubatan
Closing date: 27 February 2012

2. HELP MIC Scholarship Award 2012
No closing date

3. University of Southampton Scholarship 2012
Closing date: 30 June 2012

4. Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara 2012
Closing date: 29 February 2012

5. Pinjaman Pelajaran MARA
Closing date: 15 February 2012


6. India Council for Cultural Relations General Cultural Scholarship Scheme
Closing date: 28 February 2012


7. Maybank Scholarship Award 2012 (Local)
Closing date: 18th February 2012

8. UTM Endowment Scholarship 2012
Closing date: 16 April 2012

9. Shell Malaysia Scholarships 2012
Closing date: 12 February 2012

10. The Sun - MAPCU Higher Education Scholarship Fund 2012
Closing date: 10 April 2012

11. United World Colleges (UWC) - Malaysia
Closing date: 17th February 2012


Untuk maklumat lanjut, adik-adik boleh ke laman web http://afterschool.my/scholarship/

Disertakan juga panduan persediaan bagi adik-adik untuk menghadapi temuramah daripada MARA di link berikut: http://afterschool.my/scholarship/guide_interviews.php?intid=2&sc=Guide+to+MARA+Scholarship+Interview

26 Januari 2012

BRIGED 2!!!

Ayuh sertai dan daftar tempat atas di talian tertera...tempat terhad buat 40 peserta pertama....



03 Januari 2012

Gadjet Maksiat



Gadjet maksiat ?

Apakah itu ?

Cuba adik-adik lihat dan perhati betul-betul komputer riba dan juga peti televisyen di rumah ? Pada masa yang sama perhatikan juga telefon bimbit milik adik-adik ? I-Pad ? PSP ? PS2 ? PS 3 dan bermacam-macam lagi . Bolehkah gadjet adik-adik ini mengundang maksiat ?

Adik-adik yang dikasihi sekalian

Sebelum abang bercerita lebih lanjut, ingin sekali abang bertanya. Apa yang sudah adik lakukan semasa cuti sekolah yang baru sahaja berakhir ini ?

Adakah masa adik-adik banyak dihabiskan di depan televisyen ? Menonton siaran kartun dari pagi hingga ke petang ?

Ataupun di depan komputer riba ? Ber"facebook" siang dan malam ?

Ataupun juga sibuk bermain game hingga terlupa solat ?

Bahaya Gadjet-gadjet ini

Zaman sekarang, dunia dilambakkan dengan bermacam-macam kemudahan media. Pada satu sudut, benar, ia memudahkan lagi proses perhubungan antara dua, tiga, atau lebih individu. Namun, harus diingat, jika disalahgunakan, padah yang lebih buruk menanti adik-adik.

Sebagai contoh. Telefon bimbit. Jika dahulu, abang diberi kepercayaan untuk menggunakan telefon bimbit sendiri hanya ketika berumur 15 tahun. Namun sekarang, kanak-kanak seawal usia 6 tahun sudah memiliki telefon bimbit sendiri. Yang lebih menyedihkan, adik-adik seawal usia 7-9 tahun sudah mula menggunakan telefon bimbit mereka untuk bergayut dengan teman istimewa masing-masing.

"Facebook" , "Youtube", "Twitter" dan sebagainya. Abang pasti, adik-adik pasti memiliki akaun di laman-laman berikut. Namun ;

Facebook sebagai contoh, walaupun memudahkan lagi perhubungan, namun ia sebenarnya sangat membahayakan. Bukan bermaksud abang ingin melarang penggunaan laman sesawang ini. Tetapi, jika kita asyik ber "Facebook" siang dan malam, adik-adik pasti akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang "pelajar" , "anak" dan juga sebagai "hamba Allah"

Berapa ramai dari kita yang boleh menjamin, akan solat tepat pada waktunya, menolong ibu di dapur, belajar sekurang-kurangnya 2 jam sehari. Tanggungjawab anda pasti akan terjejas jika sibuk "ber Facebook" siang dan malam.

Pesanan

Untuk adik-adik perempuan, elakkan dari meletak gambar-gambar di Facebook. Lebih-lebih lagi gambar yang tidak menutup aurat. Cukuplah sekadar dipertontonkan sesama ahli keluarga dan rakan-rakan sejantina sahaja. Langkah yang terbaik privacy kan wall dan photos adik-adik. Ini kerana, wanita itu tersangat berharga dan mulia. Jangan dipertontonkan malahan ditayangkan sekadar suka-suka gambar adik-adik. Ingatlah ;

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah"

Kurangkan juga penggunaan Facebook semasa sesi persekolahan. Gunakan hanya ketika waktu lapang sahaja. Ingat, tanggungjawab adik-adik terhadap pelajaran jauh lebih besar lagi.

Bagi adik-adik lelaki, kurangkan juga ber Facebook, bermain game dan sebagainya. Sebolehnya, ketika melayari internet, jangan berseorangan. Elakkan dari menonton "Laman web lucah". Masakini, semuanya boleh, asalkan ada kemahuan. Maka, adik-adik harus bijak menggunakan internet. Sekali terjebak, amat sukar untuk berhenti.

Konklusi

Gadjet ini, pada asalnya adalah "harus" hukumnya. Jika kita menggunakan kearah kebaikkan seperti berdakwah di laman maya, akan ada kebaikkan untuk kita.

Namun, jika digunakan secara sesuka hati untuk berhubung sesama bukan muhrim seperti "mengurat awek" (istilah remaja sekarang), menonton video lucah, memperagakan aurat di laman sesawang. Maka, penggunaan gadjet ini bertukar "haram" hukumnya.

Ingat adik-adik, remaja yang soleh dan solehah itu sangat "bergaya" bukan sahaja di sisi manusia, tetapi juga di sisi Allah. Ini kerana, adik-adik adalah aset kepada Agama, negara dan bangsa pada masa hadapan. Oleh itu,

Katakan tidak kepada penyalah gunaan gadjet-gadjet ini. Adik-adik mampu merubahnya.

p/s : Jangan lupa layari laman web "Muslim teens digest" untuk bacaan penuh interaktif dan informatif.

Oleh ;

Aktivis KRIM SA

21 Disember 2011

Jambori Remaja Muslim 3 (JIRIM 3)

Alhalmdulillah JIRIM 3 sudah melabuhkan tirai...seramai 98 orang insan remaja muslim terpilih istimewa olehNya...berjaya mengharungi cabaran dan mehnah dalam program ini. Laporan lanjut akan disertakan kemudian. Berikut adalah dua versi VIDEO JIRIM 3 yang sempat dibuat....jangan lupa sertai KRIM lagi di program BRIGED 2012...dan like kami di facebook Kelab Remaja ISMA Shah Alam...Tahniah dan mabruk buat semua peserta JIRIM 3...JIRIM 3 d'best...


 
Video Montaj 1
video
Video Montaj 2

28 November 2011

Poster JIRIM 3 terkini


Jom sertai....

JAMBORI REMAJA MUSLIM siri-3 (JIRIM 3)

3 HARI 2 MALAM

16,17 DAN 18 DISEMBER 2011

KEM AN-NAIM, HULU LANGAT

HANYA RM 99...

AKTIVTI: MERENTAS HUTAN, PERMAINAN AIR, WAR GAMES, BBQ DLL..

DAPAT T-SHIRT EKSLUSIF JIRIM(edisi khas BRIGED KRIM SA), SIJIL, CENDERAHATI, INSURANS DAN UKHUWAHFILLAH...

HUBUNGI : ABG KHAIRIL : 017 - 956 9048
KAK ATIQAH : 013 - 301 8438

ATAU LAYARI www.krimsak.blogspot.com

TEMPAT TERHAD...

23 November 2011

Remaja Muslim malas membaca ?



Kadangkala, alam ini perlu dilihat dalam dua perspektif yang berbeza. Dua "world view" yang berlainan, agar kita mengerti apa sebenarnya ibrah dari setiap penciptaan Tuhan yang Maha Esa.


Dia merungkai tabir alam, agar kita bisa berzikir dan terus berzikir. Pabila hati ini berzikir, kita bisa mengingati Nya dan dengan mengingati Nya, kita bisa terus berfikir dan berfikir. Mungkinkah ada tirai yang perlu disingkap? Ada tabir yang perlu diselak ? Ada rahsia yang perlu dirungkai ?Jawapannya, tanyalah pada Al Quran.


Jika dulu kita lihat manusia saling bertelagah, saling bercangah saling bercakaran. Adakah mereka itu mengikuti apa yang diajar di dalam Al Quran? Satu manual lengkap yang penuh dengan makna kehidupan. Manual yang bukan sahaja menjadi pengatur tetapi juga wadah bagi manusia mencari solusi makna kehidupan .


Manusia juga seharusnya sedar, Al Quran ialah kalamullah yang bukan sahaja perlu dibaca, difahami , tetapi juga perlu dihayati maknanya.. Ingatlah duhai manusia, kamu adalah apa yang kamu baca, dan kamu juga, adalah apa yang kamu fikir.


Kita Adalah apa yang kita Baca....


'Iqra' bacalah


"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan mu yang menciptakan" (Al-'Alaq: 1)


Bacalah ! Lihatlah tertib yang sangat indah ini. Semuanya bermula dengan kalimah bacalah ! Dengan bertitik tolakkan bacalah, seseorang akan dibawa melalui proses mengenal , mencintai dan mematuhi Allah.


Namun harus diingat, kalimah "Bacalah" dalam surah al-'Alaq ini diikuti oleh kalimah " Dengan nama Tuhanmu yang menjadikan ", ertinya dorongan membaca yang diminta oleh Allah itu perlu disertai dengan nama- Nya barulah bacaan itu selamat dan menyelamatkan.


Allah tidak hanya mendorong aktiviti membaca tetapi Dia juga mengatur bagaimana aktiviti ini hendak dilaksanakan . Apakah bahan bacaan yang sesuai? Apa yang dibolehkan malah diwajibkan untuk dibaca ? Semuanya telah disusun atur ? Indah bukan ?


Tetapi, seperti mana yang kita ketahui dan juga disebutkan didalam beberapa buku yang saya baca...Orang Melayu Islam, gemar membaca Majalah Picisan? Betul ke ?


Statistik menunjukkan, majalah-majalah picisan berbentuk hiburan se "wajib" nya menjuarai carta jualan majalah setiap bulan. Masyarakat masa kini, terutamanya golongan remaja gemarkan majalah yang memaparkan kehidupan para artis, kisah-kisah seks, mistik, politik kosong, hiburan luar negara, komik dan sebagainya.


Anehnya, majalah-majalah berbentuk agama, seakan tidak mendapat tempat di hati remaja. Di manakah silapnya?


Bahan bacaan bagaikan makanan kepada akal, santapan kepada jiwa dan pengisi bagi rohani. Jika baik bacaan itu, baiklah akhlak mereka dan jika sebaliknya... sesuatu perlu dilakukan..


Adakah sahabat-sahabat sekalian bersetuju jika saya katakan, tarbiyah itu boleh dikatakan sedikit sebanyak bermula dari pembacaan.


Disebutkkan juga dalam sebuah buku, jika tidak silap saya, "Cinta di rumah Hassan Al- Banna" bagaimana ketika Hassan Al- Banna melihat anak-anaknya khusyuk membaca komik ? Beliau bukan sahaja tidak memarahi anak-anaknya, tetapi dalam tidak sedar, dia membelikan anak-anaknya cerita kisah-kisah Nabi s.a.w dan para sahabat.


Anak-anaknya kemudian tertarik lalu meninggalkan sama sekali komik yang menjadi kegemaran mereka.Di situ kita dapat lihat, bunga tarbiyah sedang mekar mewangi dalam hati anak-anak kecil itu.


Buku Agama boring la.


Boring ke buku agama? Mungkin benar bagi sesetengah pihak..Tetapi dengan perkembangan arus semasa, buku agama atau majalah agama semakin menarik dari hari ke hari. Seperti contoh majalah "Solusi" dan "Gen-Q".


Majalah bercorak keagamaan kini dipenuhi dengan info-info yang padat serta penuh warna warni ditambah dengan corak yang ilustratif. Di sini kita dapat lihat, bagaimana penulis dan "designer" ini berkolaborasi bersama dalam berdakwah.. Lalu terhasillah satu effect yang luar biasa.


Semoga kita peroleh sedikit ibrah dari kisah di atas. Mulai saat dan detik ini ayuh kita berubah ke arah menjadi Muslim yang lebih baik.. Sihat tubuh badannya, baik ibadahnya dan juga cergas pemikirannya. Mari kita elakkan daripada membaca bahan bacaan picisan. Ingatlah kerana, " Kerana Kita adalah apa yang kita Baca" .

16 November 2011

Jambori Remaja Muslim 2011


Jom sertai....

JAMBORI REMAJA MUSLIM siri-3 (JIRIM 3)

3 HARI 2 MALAM

16,17 DAN 18 DISEMBER 2011

KEM AN-NAIM, HULU LANGAT

HANYA RM 99...


AKTIVTI: MERENTAS HUTAN, PERMAINAN AIR, WAR GAMES, BBQ DLL..

DAPAT T-SHIRT EKSLUSIF JIRIM(edisi khas BRIGED KRIM SA), SIJIL, CENDERAHATI, INSURANS DAN UKHUWAHFILLAH...

HUBUNGI : ABG KHAIRIL : 017 - 956 9048
KAK ATIQAH : 013 - 301 8438


ATAU LAYARI www.krimsak.blogspot.com

TEMPAT TERHAD...




Gambar-gambar sekitar Program JIRIM 2, 2010

video




Montaj Penutup Jirim 2, 2010


video

JUMPA DI SANA !!!

13 November 2011

Tips-tips Menghadapi Peperiksaan


Peperiksaan adakalanya membuatkan seseorang kecut perut, tidak senang duduk, kelam kabut, jiwa kacau, keluh kesah dan macam-macam lagi "penyakit" yang boleh timbul tika peperiksaan semakin memunculkan diri.

Pelajar yang cemerlang, seharusnya berasa teruja untuk menempuhi peperiksaan. Bagi mereka, peperiksaan bukanlah tempat dan sumber punca tekanan, sebaliknya itulah saat yang paling dinanti-nantikan. Itulah saat juga bagi mereka meluah dan mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari selama hampir 2 tahun di bangku persekolahan menengah atas.

Di sini, disertakan juga tips-tips semasa peperiksaan.
  • Bawa bekalan alat tulis yang lengkap
  • Bawa dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan dan slip peperiksaan
  • Datang awal ke sekolah
  • Tenangkan perasaan dengan beristigfar dan berdoa kepada Allah
  • Baca dan dengar arahan pengawas peperiksaan dengan teliti.
  • Baca semua soalan peperiksaan
  • Fahamkan soalan
  • Jawab soalan yang mudah dulu untuk menjimatkan masa.
  • Semak semula jawapan.
  • Jangan terlalu yakin.
  • Tidur secukupnya
  • Riadah sekadarnya untuk mengeluarkan peluh
  • Bertahajud di pagi hari
  • Jaga pemakanan
Setelah berusaha dengan gigih, haruslah berdoa kepada Allah taala. Firman Allah swt dalam Surah al-Mu'min ayat 60

"Dan Tuhan kamu berfirman: 'Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keaadaan hina."

Maka, jangan pernah takut adik-adik, percayalah Allah sentiasa bersama kita.

"Bittaufiq Wannajah fil Imithan"

Selamat berjuang..

Aktivis KRIM Shah Alam


 
Powered by Blogger