26 Januari 2009

Majlis Sambutan Aidilfitri KRIM

Kg. Delek, 26 Oktober - Majlis Sambutan Aidilfitri KRIM Shah Alam Klang yang julung kalinya diadakan telah berjaya menghimpunkan kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada remaja, kanak-kanak dan ibubapa. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.00 tgh. hari.


Antara pengisian program ialah tazkirah raya yang disampaikan oleh Ust. Azrin. Beliau menyentuh perihal perlakuan kita semasa Ramadhan dan Raya. Selain itu satu aktiviti remaja turut dijalankan dan cabutan bertuah.






Program dirasmikan oleh al-akh Abd. Razak selaku Timbalan yang di-Pertua ISMA Shah Alam Klang. Rata-rata remaja menzahirkan keseronokan disamping cuba memahami konsep menyambut raya yang sebenar.

0 komentar:

Catat Ulasan

 
Powered by Blogger