15 Mac 2009

Karnival Futsal di Real Sports Arena

Pada hari Ahad 15 Mac, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Shah Alam Klang telah mengadakan Karnival Sukan Remaja dengan jayanya. Karnival tersebut telah disertai oleh remaja-remaja yang datang dari segenap pelusuk daerah Shah Alam dan Klang serta tidak ketinggalan juga dari Jeram.


Program telah dimulakan dengan kata-kata aluan dan semangat daripada pengarah program Akh Azizudin bin Saidin dengan menekankan bahawa karnival kali ini bukan semata-mata untuk mencari kemenangan perlawanan tetapi sebaliknya mementingkan kemenangan sebenar iaitu dalam berukhuwwah, berkenal-kenalan antara satu sama lain. Kemudian, ucapan beliau diiringi dengan perasmian karnival yang dirasmikan oleh Akh Razak merangkap Timbalan YDP ISMA Shah Alam Klang. Beliau juga ada menyuntikkan beberapa pedoman, peringatan serta nasihat iaitu betapa pentingnya kita sebagai seorang muslim lebih-lebih lagi sebagai pemuda atau remaja untuk menjadi sihat dan kuat tubuh badan kerana "Allah lebih menyukai mu'min yang kuat daripada mu'min yang lemah".

Sebanyak 23 kumpulan yang telah mengambil penyertaan dalam acara karnival futsal kali ini. Kumpulan-kumpulan ini telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang mana ia berbentuk liga. Kemudian 3 tempat teratas setiap kumpulan telah berjaya menjejakkan langkah ke stage 2 iaitu stage kalah mati. Perlawanan begitu sengit sekali sehingga dilanjutkan lagi masa perlawanan bagi menentukan pemenang.

Akhir sekali, kejohanan telah dimenangi oleh SS Boyz, sebuah kumpulan mantap dari Klang yang menyaksikan kehebatan skil dan bakat setiap daripada ahlinya. Bagi tempat ketiga, telah dimenangi oleh kumpulan Padang Maahad yang datang jauh dari daerah Jeram setelah menewaskan kumpulan Syabab Rabi'ah yang juga wakil dari daerah Jeram. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YDP ISMA Shah Alam Klang iaitu Dr Amiruddin kepada para pemenang seterusnya merasmikan penutupan Karnival Futsal Remaja 2009.

antara kumpulan yang beraksi dengan cemerlang



Penggerak yang bertungkus lumus menggerakkan program

Lebih banyak gambar di GALERI KRIMSAK.

0 komentar:

Catat Ulasan

 
Powered by Blogger