08 Mac 2009

Karnival Maulidur Rasul di Masjid Baitur Rahman


Program Qiamulail dan Ceramah Maulidur Rasul anjuran KRIM (Kelab Remaja ISMA) Shah Alam Klang dan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli mahupun daripada penduduk setempat sekitar SS9, Putra Heights dan Subang Jaya.

Program tersebut telah dimulakan dengan sesi taaruf antara peserta yang menyertai program selepas waktu Isya'. Kemudian, program tersebut telah diikuti dengan sesi taddabur al-Quran yang telah diketuai oleh Akh Ibrahim Syarkawi. Dalam pada masa yang sama, beberapa penggerak KRIM dan ISMA telah memulakan persiapan khemah untuk jualan hari esoknya.


Pada jam 5.00 pagi, peserta telah dibangkitkan dari buaian mimpi telah melakukan qiamullail secara berjamaah. Qiamullail tersebut telah dipimpin oleh Akh Fuad yang mana suaranya telah mengayunkan kesejukan ketika berqiamullail. Sesudah selesainya solat subuh, peserta juga telah disajikan ceramah pembangkit mengenai Maulidur Rasul. Penceramah telah membicarakan tentang pentingnya kita untuk menjadikan Rasullulah sebagai contoh ikutan, bukannya dengan menghafal tarikh kelahiran baginda sahaja. Makanan berupakan mee hoon juga telah disediakan.

Tepat jam 8 pagi, kanak-kanak dari pelbagai tempat juga telah bersama-sama meriahkan lagi program. Ada diantara yang menyertai nasyid dan syarahan. Untuk pengetahuan, NAZIM juga telah menghantar wakil nasyid yang terdiri daripada banat-banat. Mereka telah mendapat tempat kelima dalam pertandingan tersebut.




Gerai jualan Kelab Remaja ISMA (KRIM)

Di gerai KRIM, pelbagai produk yang telah disediakan,antaranya buku-buku islam dan kanak-kanak, baju muslimah, air zam-zam, cd nasyid dan sebagainya. Penduduk telah berpusu-pusu ke gerai KRIM untuk menyertai program yang bakal diadakan. Selain itu,buku-buku islam juga turut laku dalam gerai tersebut. Gerai KRIM telah beroperasi sehingga malam di mana ada pelbagai program yang dianjurkan Masjid Baitur Rahman.

Insyallah, ISMA dan KRIM Shah Alam Klang akan terus mengadakan program sebegini di masa akan datang untuk merapatkan lagi ukhuwwah antara sesama ahli dan sesama masyarakat.

0 komentar:

Catat Ulasan

 
Powered by Blogger