14 Jun 2009

Tahniah Remaja KRIMSAK!!


6 - 9 Jun 2009
Hutan Lipur Ulu Bendul, NS

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t yang telah mengizinkan berlangsungnya Jambori Remaja Muslim Nasional 2009 di Hutan Lipur Ulu Bendul, NS. Dengan bertemakan "Muda untuk Berjasa" yang amat bertepatan dengan peranan remaja sebagai pewaris pimpinan dan dakwah di masa hadapan.

Jambori ini telah disertai oleh 285 orang peserta dan 20 fasilitator dan urusetia dari seluruh pelusuk negara dan juga Pengarah KRIM Pusat, Mejar Nazri sebagai Kem Komandan.

Para peserta telah dibahagikan kepada 12 kumpulan yang bertemakan nama para sahabat yang sepatutnya menjadi qudwah dan ikutan remaja masakini. Pelbagai aktiviti menarik telah berjaya dijalankan seperti mendaki Gunung Angsi, pertandingan kawad, memasak, membina kubu dan juga war game, water game dan ball game serta pelbagai lagi aktiviti yang telah banyak menguji fizikal, kreativiti dan kerjasama para peserta.

Aktiviti khidmat masyarakat

Pertandingan memasak

Malam terakhir Jambori menyaksikan aktiviti yang amat menarik iaitu Malam Kesenian Remaja Muslim yang telah menyerlahkan kreativiti setiap kumpulan dengan pelbagai budaya dari setiap negeri masing-masing.

Malam Kesenian Remaja Muslim

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Elwal Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dan turut dihadiri oleh tetamu kehormat seperti Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik dan juga Pengarah Aman Palestin, Dr Zainur Rashid.

Acara penutup juga telah menyaksikan penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan berdasarkan prestasi masing-masing dan telah dimenangi oleh kumpulan Abu Hurairah sebagai juara dan Abu Zar Al-Ghiffari di tempat ke-5 yang merupakan wakil dari KRIM Shah Alam Klang.

Tahniah Remaja KRIMSAK!

Semoga aktiviti-aktiviti KRIM dapat terus maju kehadapan dalam usaha untuk membentuk remaja menjadi Generasi Harapan. Jazakallah.

Media KRIMSAK

[ Gambar Jambori boleh didapati di Galeri KRIMSAK ]

0 komentar:

Catat Ulasan

 
Powered by Blogger