13 November 2011

Tips-tips Menghadapi Peperiksaan


Peperiksaan adakalanya membuatkan seseorang kecut perut, tidak senang duduk, kelam kabut, jiwa kacau, keluh kesah dan macam-macam lagi "penyakit" yang boleh timbul tika peperiksaan semakin memunculkan diri.

Pelajar yang cemerlang, seharusnya berasa teruja untuk menempuhi peperiksaan. Bagi mereka, peperiksaan bukanlah tempat dan sumber punca tekanan, sebaliknya itulah saat yang paling dinanti-nantikan. Itulah saat juga bagi mereka meluah dan mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari selama hampir 2 tahun di bangku persekolahan menengah atas.

Di sini, disertakan juga tips-tips semasa peperiksaan.
  • Bawa bekalan alat tulis yang lengkap
  • Bawa dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan dan slip peperiksaan
  • Datang awal ke sekolah
  • Tenangkan perasaan dengan beristigfar dan berdoa kepada Allah
  • Baca dan dengar arahan pengawas peperiksaan dengan teliti.
  • Baca semua soalan peperiksaan
  • Fahamkan soalan
  • Jawab soalan yang mudah dulu untuk menjimatkan masa.
  • Semak semula jawapan.
  • Jangan terlalu yakin.
  • Tidur secukupnya
  • Riadah sekadarnya untuk mengeluarkan peluh
  • Bertahajud di pagi hari
  • Jaga pemakanan
Setelah berusaha dengan gigih, haruslah berdoa kepada Allah taala. Firman Allah swt dalam Surah al-Mu'min ayat 60

"Dan Tuhan kamu berfirman: 'Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keaadaan hina."

Maka, jangan pernah takut adik-adik, percayalah Allah sentiasa bersama kita.

"Bittaufiq Wannajah fil Imithan"

Selamat berjuang..

Aktivis KRIM Shah Alam


0 komentar:

Catat Ulasan

 
Powered by Blogger