28 November 2011

Poster JIRIM 3 terkini


Jom sertai....

JAMBORI REMAJA MUSLIM siri-3 (JIRIM 3)

3 HARI 2 MALAM

16,17 DAN 18 DISEMBER 2011

KEM AN-NAIM, HULU LANGAT

HANYA RM 99...

AKTIVTI: MERENTAS HUTAN, PERMAINAN AIR, WAR GAMES, BBQ DLL..

DAPAT T-SHIRT EKSLUSIF JIRIM(edisi khas BRIGED KRIM SA), SIJIL, CENDERAHATI, INSURANS DAN UKHUWAHFILLAH...

HUBUNGI : ABG KHAIRIL : 017 - 956 9048
KAK ATIQAH : 013 - 301 8438

ATAU LAYARI www.krimsak.blogspot.com

TEMPAT TERHAD...

23 November 2011

Remaja Muslim malas membaca ?



Kadangkala, alam ini perlu dilihat dalam dua perspektif yang berbeza. Dua "world view" yang berlainan, agar kita mengerti apa sebenarnya ibrah dari setiap penciptaan Tuhan yang Maha Esa.


Dia merungkai tabir alam, agar kita bisa berzikir dan terus berzikir. Pabila hati ini berzikir, kita bisa mengingati Nya dan dengan mengingati Nya, kita bisa terus berfikir dan berfikir. Mungkinkah ada tirai yang perlu disingkap? Ada tabir yang perlu diselak ? Ada rahsia yang perlu dirungkai ?Jawapannya, tanyalah pada Al Quran.


Jika dulu kita lihat manusia saling bertelagah, saling bercangah saling bercakaran. Adakah mereka itu mengikuti apa yang diajar di dalam Al Quran? Satu manual lengkap yang penuh dengan makna kehidupan. Manual yang bukan sahaja menjadi pengatur tetapi juga wadah bagi manusia mencari solusi makna kehidupan .


Manusia juga seharusnya sedar, Al Quran ialah kalamullah yang bukan sahaja perlu dibaca, difahami , tetapi juga perlu dihayati maknanya.. Ingatlah duhai manusia, kamu adalah apa yang kamu baca, dan kamu juga, adalah apa yang kamu fikir.


Kita Adalah apa yang kita Baca....


'Iqra' bacalah


"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan mu yang menciptakan" (Al-'Alaq: 1)


Bacalah ! Lihatlah tertib yang sangat indah ini. Semuanya bermula dengan kalimah bacalah ! Dengan bertitik tolakkan bacalah, seseorang akan dibawa melalui proses mengenal , mencintai dan mematuhi Allah.


Namun harus diingat, kalimah "Bacalah" dalam surah al-'Alaq ini diikuti oleh kalimah " Dengan nama Tuhanmu yang menjadikan ", ertinya dorongan membaca yang diminta oleh Allah itu perlu disertai dengan nama- Nya barulah bacaan itu selamat dan menyelamatkan.


Allah tidak hanya mendorong aktiviti membaca tetapi Dia juga mengatur bagaimana aktiviti ini hendak dilaksanakan . Apakah bahan bacaan yang sesuai? Apa yang dibolehkan malah diwajibkan untuk dibaca ? Semuanya telah disusun atur ? Indah bukan ?


Tetapi, seperti mana yang kita ketahui dan juga disebutkan didalam beberapa buku yang saya baca...Orang Melayu Islam, gemar membaca Majalah Picisan? Betul ke ?


Statistik menunjukkan, majalah-majalah picisan berbentuk hiburan se "wajib" nya menjuarai carta jualan majalah setiap bulan. Masyarakat masa kini, terutamanya golongan remaja gemarkan majalah yang memaparkan kehidupan para artis, kisah-kisah seks, mistik, politik kosong, hiburan luar negara, komik dan sebagainya.


Anehnya, majalah-majalah berbentuk agama, seakan tidak mendapat tempat di hati remaja. Di manakah silapnya?


Bahan bacaan bagaikan makanan kepada akal, santapan kepada jiwa dan pengisi bagi rohani. Jika baik bacaan itu, baiklah akhlak mereka dan jika sebaliknya... sesuatu perlu dilakukan..


Adakah sahabat-sahabat sekalian bersetuju jika saya katakan, tarbiyah itu boleh dikatakan sedikit sebanyak bermula dari pembacaan.


Disebutkkan juga dalam sebuah buku, jika tidak silap saya, "Cinta di rumah Hassan Al- Banna" bagaimana ketika Hassan Al- Banna melihat anak-anaknya khusyuk membaca komik ? Beliau bukan sahaja tidak memarahi anak-anaknya, tetapi dalam tidak sedar, dia membelikan anak-anaknya cerita kisah-kisah Nabi s.a.w dan para sahabat.


Anak-anaknya kemudian tertarik lalu meninggalkan sama sekali komik yang menjadi kegemaran mereka.Di situ kita dapat lihat, bunga tarbiyah sedang mekar mewangi dalam hati anak-anak kecil itu.


Buku Agama boring la.


Boring ke buku agama? Mungkin benar bagi sesetengah pihak..Tetapi dengan perkembangan arus semasa, buku agama atau majalah agama semakin menarik dari hari ke hari. Seperti contoh majalah "Solusi" dan "Gen-Q".


Majalah bercorak keagamaan kini dipenuhi dengan info-info yang padat serta penuh warna warni ditambah dengan corak yang ilustratif. Di sini kita dapat lihat, bagaimana penulis dan "designer" ini berkolaborasi bersama dalam berdakwah.. Lalu terhasillah satu effect yang luar biasa.


Semoga kita peroleh sedikit ibrah dari kisah di atas. Mulai saat dan detik ini ayuh kita berubah ke arah menjadi Muslim yang lebih baik.. Sihat tubuh badannya, baik ibadahnya dan juga cergas pemikirannya. Mari kita elakkan daripada membaca bahan bacaan picisan. Ingatlah kerana, " Kerana Kita adalah apa yang kita Baca" .

16 November 2011

Jambori Remaja Muslim 2011


Jom sertai....

JAMBORI REMAJA MUSLIM siri-3 (JIRIM 3)

3 HARI 2 MALAM

16,17 DAN 18 DISEMBER 2011

KEM AN-NAIM, HULU LANGAT

HANYA RM 99...


AKTIVTI: MERENTAS HUTAN, PERMAINAN AIR, WAR GAMES, BBQ DLL..

DAPAT T-SHIRT EKSLUSIF JIRIM(edisi khas BRIGED KRIM SA), SIJIL, CENDERAHATI, INSURANS DAN UKHUWAHFILLAH...

HUBUNGI : ABG KHAIRIL : 017 - 956 9048
KAK ATIQAH : 013 - 301 8438


ATAU LAYARI www.krimsak.blogspot.com

TEMPAT TERHAD...




Gambar-gambar sekitar Program JIRIM 2, 2010





Montaj Penutup Jirim 2, 2010



JUMPA DI SANA !!!

13 November 2011

Tips-tips Menghadapi Peperiksaan


Peperiksaan adakalanya membuatkan seseorang kecut perut, tidak senang duduk, kelam kabut, jiwa kacau, keluh kesah dan macam-macam lagi "penyakit" yang boleh timbul tika peperiksaan semakin memunculkan diri.

Pelajar yang cemerlang, seharusnya berasa teruja untuk menempuhi peperiksaan. Bagi mereka, peperiksaan bukanlah tempat dan sumber punca tekanan, sebaliknya itulah saat yang paling dinanti-nantikan. Itulah saat juga bagi mereka meluah dan mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari selama hampir 2 tahun di bangku persekolahan menengah atas.

Di sini, disertakan juga tips-tips semasa peperiksaan.
  • Bawa bekalan alat tulis yang lengkap
  • Bawa dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan dan slip peperiksaan
  • Datang awal ke sekolah
  • Tenangkan perasaan dengan beristigfar dan berdoa kepada Allah
  • Baca dan dengar arahan pengawas peperiksaan dengan teliti.
  • Baca semua soalan peperiksaan
  • Fahamkan soalan
  • Jawab soalan yang mudah dulu untuk menjimatkan masa.
  • Semak semula jawapan.
  • Jangan terlalu yakin.
  • Tidur secukupnya
  • Riadah sekadarnya untuk mengeluarkan peluh
  • Bertahajud di pagi hari
  • Jaga pemakanan
Setelah berusaha dengan gigih, haruslah berdoa kepada Allah taala. Firman Allah swt dalam Surah al-Mu'min ayat 60

"Dan Tuhan kamu berfirman: 'Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keaadaan hina."

Maka, jangan pernah takut adik-adik, percayalah Allah sentiasa bersama kita.

"Bittaufiq Wannajah fil Imithan"

Selamat berjuang..

Aktivis KRIM Shah Alam


07 November 2011

Seminar Bijak Belajar 2011

Video sekitar Program Seminar Bijak Belajar 2011



Shah Alam, 15 Oktober 2011 – Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah,MasjidNegeri Shah Alam dengan kerjasama Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Shah Alam telah berjaya mengadakanprogram Seminar Bijak Belajar baru-baru ini.Seminar tersebut berlangsung selama2 hari 1 malam (15-16 Oktober 2011) yang bertempat di Masjid Negeri, melibatkanpelajar-pelajar Sekolah Menengah & Rendah sekitar Shah Alam dan Klang, dariTingkatan 1 hingga 5 merangkumi 46 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan. Antaraobjektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan penyediaan kerohanian bagimenjalani cara hidup islam untuk menjadi insan yang berjaya di dunia danakhirat. Selain itu juga, seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan carapembahagian masa yang berkesan serta membantu remaja muslim dalam menghadapitekanan jiwa.

Seminardimulai dengan satu slot motivasi menarik bertajuk ’Tension!Tension!Tension’ disampaikanoleh seorang jurutera Petronas, Encik Zul Alwi Bin Adam. Dalam slot ini, penceramahmendedahkan tips-tips untuk mengurus masa dengan baik kepada para peserta.
Seminarditeruskan dengan sesi LDK ‘Booster Spiritual/Emotional/Intelligent’.Aktivitiyang mengambil masa selama sejam itu berjaya memupuk semangat kerjasama antaraahli kumpulan masing-masing serta membuka minda para peserta dalam melontarkanidea yang bernas. Secara ringkas, aktiviti ini adalah bertujuan untuk membantupara peserta mengetahui rahsia kejayaan dengan mengkoreksikan diri dari segispiritual,emosi dan intelektual. Ianya menyedarkan para peserta tentangkepentingan tiga aspek tersebut untuk mencapai kejayaan yang hakiki.

Padamalam harinya, para peserta dibawa menghadiri forum khas yang dianjurkan olehMasjid Negeri, disusuli dengan slot muhasabah bertajuk ’Dasyatkan Potensi RaihPrestasi’. Ianya disampaikan oleh Cikgu Hardi yang merupakan Pengarah KRIMcawangan Shah Alam.

Parapeserta dipertontonkan dengan pelbagai tayangan video menarik diselangi denganpengisian yang sedikit sebanyak dapat menyentuh dan mendidik hati para pesertadalam menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Di akhir slot penceramahmengajak para peserta bermuhasabah serta menanamkan semangat kepada mereka agarmenjadi remaja melayu muslim yang mempunyai jatidiri unggul.
Padakeesokan paginya, program dimulai dengan qiamullai, solat subuh berjemaah sertabacaan Al-Mathurat. Selesai persiapan diri dan sarapan, bermula slot terakhiryang bertajuk ’Tahajud VS Exam’. Slotini disampaikan oleh Tuan Haji Mustafa Bin Mohd Sidin Al-Muqri yang merupakanImam Besar Masjid Negeri, Shah Alam.

Seminar Bijak Belajar melabuhkan tirai dengan majlispenutup, perasmian serta penyampaian cenderahati kepada pihak masjid. SelainPengarah KRIM cawangan Shah Alam dan Imam Besar Masjid Negeri,majlis penutuptersebut turut diserikan dengan kehadiran YDP ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia)cawangan Shah Alam, Encik Dollah Sani.

Akhir kata, pihak KRIM amat bersyukur dan berbesarhati kerana dapat bekerjasama dengan Masjid Negeri dalam melaksanakan seminarini. Pihak KRIM juga berharap dapat meneruskanusahasama bersama Masjid Negeri pada masa akan datang dalam program-programyang lain bagi meneruskan misi membimbing remaja muslim.

05 November 2011

Perkongsian...Program Jalan-Jalan Bina Iman....NAZIM SHAH ALAM

 
Assalamualaikum..

Jom sertai JALAN-JALAN BINA IMAN...

anjuran NAZIM SHAH ALAM

Tarikh : 19 NOVEMBER 2011 (SABTU)

Masa : 7.30 pagi hingga 3.00 petang

Tempat : TAMAN CYBERJAYA

Sasaran umur : putera puteri 7 hingga 12 tahun

Yuran :RM 15 sahaja (pengangkutan dan makanan)

Pengangkutan : Bas
(berkumpul sebelum pukul 7.30 pagi di Masjid Munawarah, Seksyen 27, Shah Alam)

Berpakaian dan berkasut sukan

Berminat?? Hubungi 1) Ustazah Munirah : 019 2573756
2) Cikgu Hafizah : 019 3640504

01 November 2011

Panduan Lengkap Awal Zulhijjah

via Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir by ISMAMESIR on 10/29/11

Oleh: Abdullah Hussen, Mahasiswa Sarjana, Kuliah Dar Ulum, Universiti Kaherah
Siang dan malam silih berganti, tahun demi tahun kian berlalu, seorang mukmin itu sentiasa mengharap rahmat tuhannya dan takutkan azabnya, imannya sentiasa turun dan naik, semangatnya terkadang membara dan ada ketikanya menjadi lesu. Dalam keadaan itu, dia dilimpahi rahmat Allah yang sangat luas, untuk mengukuhkan imannya dan meningkatkan semangatnya. Musim kebaikan menjelma demi menghapuskan segala dosa-dosanya yang lalu dan demi mengangkat darjatnya. Maka, orang yang berbahagia ialah mereka yang merebut peluang ini dan menghampirkan dirinya kepada Allah SWT dengan amal-amal soleh dalam musim ketaatan ini. Mudah-mudahan dia mendapat limpahan kurniaan-kurniaan Allah SWT sepertimana yang telah dijanjikan.

Antara kurniaan terbesar Allah SWT pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ialah sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
“Tiada hari-hari di mana amal soleh di dalamnya lebih dicintai oleh Allah SWT selain sepuluh hari ini (sepuluh hari pertama Zulhijjah)”. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah jihad juga tidak dapat menandingi pahala amalan pada sepuluh hari tersebut?” Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, kecuali seorang lelaki yang keluar dengan diri dan hartanya lalu tidak membawa pulang sedikit pun daripada kedua-duanya.”
Sekarang kita sedang berada di dalam hari-hari yang penuh berkat, telah datang kepada kita hari-hari yang muncul bersamanya kurniaan yang mulia dari Tuhan yang mulia, yang memupuk rasa rindu dan cinta dalam jiwa umat Islam, lalu bergetarlah hati mereka dan membuak-buaklah perasaan mereka, lalu perasaan tersebut memimpin mereka ke arah ketaatan dan ibadah kepada tuhan mereka.

Waktu yang paling dicintai oleh Allah

Hari-hari ini merupakan masa yang paling dicintai oleh Allah SWT, lalu amal soleh di dalamnya merupakan amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT kerana ia berada di dalam masa yang terbaik yang disumpah oleh Allah SWT dengannya di dalam Al-Quran:
“Demi waktu fajar. Demi malam-malam yang sepuluh.”
Kemuliaan tersebut juga disebabkan kerana terdapatnya hari yang terbaik di dalamnya iaitu Hari Arafah yang juga kerana perhimpunan tahunan umat Islam seluruh dunia pada musim haji. Maka, hari-hari tersebut merupakan hari terkumpulnya ibadah-ibadah utama. Ibnu Hajar pernah berkata, “Sebab istimewanya sepuluh hari pertama Zulhijjah ialah kerana terkumpulnya ibadah-ibadah utama di dalamnya iaitu solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya yang tidak berlaku pada waktu lain.”

Kemuliaan ini juga kerana hari-hari tersebut merupakan hari-hari untuk memperbaharui kehidupan di dalam ketaatan kepada Allah, hari-hari mendapat kurniaan rahmat Allah, hari-hari untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan demi mendapat keampunan Allah, hari-hari musim perniagaan yang menguntungkan, hari-hari yang mengumpulkan di antara kemuliaan tempat dan masa dan mengumpulkan di antara ibadah hati, badan, ibadah perseorangan dan beramai-ramai.

Ia juga kerana hari-hari ini merupakan hari-hari rahmat, keampunan dan pembebasan dari neraka. Hari-hari di mana malaikat di bumi menyerupai malaikat di langit, lalu manusia yang suci akan bertanding dengan malaikat yang baik. Allah SWT berbangga dengan hamba-hambanya di hadapan para malaikat seperti mana sabda Rasulullah SAW, “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya daripada api neraka dari Hari Arafah, sesungguhnya Allah menghampiri hamba-hambanya dan berbangga dengan mereka di hadapan para malaikat lalu berkata: Apakah yang mereka inginkan?”

Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik RA, “Dikatakan tentang sepuluh hari pertama Zulhijjah bahawa seharinya sama seperti seribu hari, Hari Arafah menyamai 10,000 hari (pada kelebihannya).”

Diriwayatkan juga daripada Al-Auza’ie, “Aku mendengar bahawa amalan dalam sepuluh hari tersebut umpama berperang di jalan Allah dalam keadaan berpuasa di siang harinya, berjaga di malam harinya melainkan orang yang mati syahid (maka pahalanya tidak boleh ditandingi).”
Diriwayatkan juga daripada Kaab, “Allah memuliakan sesetengah masa ke atas yang lain. Lalu masa yang paling dicintai Allah ialah bulan-bulan haram (Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram). Bulan yang paling mulia diantara bulan-bulan haram ialah bulan Zulhijjah. Hari-hari yang paling mulia di sisi Allah di dalam bulan Zulhijjah ialah sepuluh hari pertamanya.”

Amalan-amalan yang paling dicintai oleh Allah

Saudara-saudariku yang dikasihi sekalian,
Suka saya untuk menceritakan pada kalian tentang keazaman para ‘arifin, kesungguhan para nasikin, kerinduan para pencinta dan keasyikan orang-orang yang taat. Nabi SAW dan para sahabat yang mulia mengkhususkan hari-hari ini dengan perdampingan yang lebih erat dengan Allah SWT, juga memperbanyakkan ketaatan serta zikir kepada-Nya.
Said Bin Jubair apabila tibanya sepuluh hari pertama Zulhijjah, dia bersungguh-sungguh dalam beribadah sehingga dia hampir tidak mampu melakukannya. Maka, adakah anda tergolong di kalangan mereka yang mendapat keistimewaan hari-hari ini? Di sini saya senaraikan beberapa langkah-langkah praktikal dari sudut tarbawi yang boleh anda lakukan:

1. Adakah anda telah berniat untuk melakukan haji dan umrah di tempat tinggal anda? Jika anda tidak mampu melakukan haji, maka Rasulullah SAW telah membuka pintu yang menyamai haji dan umrah. Sabda Baginda SAW, “Barangsiapa yang solat subuh berjemaah kemudian dia duduk mengingati Allah SWT sehingga terbitnya matahari, kemudian dia solat dua rakaat, maka baginya seumpama pahala haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna.”
Amalan: Iktikaf di masjid selepas subuh berzikir dan membaca Al-Quran

2. Adakah anda telah berniat untuk berpuasa pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini?
a. Imam Nawawi pernah ditanya tentang puasa sembilan hari pertama Zulhijjah. Maka dia menjawab, “Ia sangat digalakkan.”
b. Imam Ahmad meriwayatkan, “Rasulullah SAW berpuasa pada sembilan hari pertama Zulhijjah.”
c. Sayyidina Umar Al-Khattab berkata, “Tiada halangan untuk menggantikan puasa Ramadhan pada sepuluh hari pertama Zulhijjah.”
d. Hasan Basri berkata, “Berpuasa sehari di dalam sepuluh hari pertama Zulhijjah menyamai puasa dua bulan.”
e. Imam Muhammad Bin Sirin, Mujahid dan Atho’ berpuasa pada sembilan hari pertama Zulhijjah.
Amalan: Puasa sembilan hari pertama Zulhijjah.

3. Adakah anda telah berniat untuk iktikaf pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini? Diriwayatkan daripada Al-Hafiz Ibnu Asakir bahawa dia beriktikaf pada bulan Ramadhan dan sepuluh hari pertama Zulhijjah.
Amalan: Iktikaf sejam sehari atau sehari atau seumpamanya.

4. Adakah anda telah berniat untuk melakukan kebaikan pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini?. Rasulullah SAW bersabda, “Amalan-amalan baik memelihara diri daripada pengakhiran yang buruk, sedekah secara sembunyi mampu memadamkan kemarahan Tuhan, silaturrahim mampu memanjangkan umur.”
Amalan: Menunaikan hajat manusia setiap hari.

5. Adakah anda telah berniat untuk bertakbir, bertahmid dan bertahlil pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini?
a. Rasulullah SAW bersabda, “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan lebih dicintainya daripada sepuluh hari pertama Zulhijjah, maka perbanyakkanlah tahlil (ucapan la ilaha illallah), takbir (ucapan Allahu Akbar) dan tahmid (ucapan alhamdulillah) di dalamnya.
b. Imam Mujahid berkata, Abu Hurairah dan Ibnu Umar RA keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijjah lalu bertakbir, lalu orang-orang di sekeliling mereka juga bertakbir bersama mereka. Mereka tidak datang ke pasar kecuali dengan tujuan tersebut.
Amalan: Bertakbir setiap kali selepas solat dan pada waktu-waktu kosong.

6. Adakah anda telah berniat untuk sentiasa berzikir pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini? Allah telah menyarankan umat Islam di dalam Al-Quran supaya memperbanyakkan zikir pada sepuluh hari ini. “Dan mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang diketahui.” (Al-Haj: 28) Ibnu Abbas mengatakan, “Sesungguhnya hari-hari yang diketahui itu ialah sepuluh hari pertama Zulhijjah.”
Amalan: Memelihara zikir pagi dan petang, zikir pada waktu-waktu kosong dan zikir mutlak sekurang-kurangnya 3000 kali setiap hari.

7. Adakah anda telah berniat untuk mempelbagaikan ibadat pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini?
a. Salafussoleh RA mempelbagaikan ibadat pada sepuluh hari pertama Zulhijjah.
b. Supaya kita dapat memenuhi sepuluh hari pertama Zulhijjah dengan bermacam jenis ibadat, di bawah saya senaraikan beberapa amalan yang perlu kita lakukan pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini sebagai tambahan bagi amalan-amalan yang telah disebutkan tadi. Mudah-mudahan Allah berbangga dengan kita di hadapan para malaikatnya: 

ؠ Segera bertaubat dengan sebenar-benarnya serta mengulangi taubat siang dan malam.
ؠ Perbaharui niat dalam setiap kata-kata dan perbuatan dan menghadirkan lebih daripada satu niat dalam satu amalan. Jadikannya rahsia antara anda dan Tuhanmu.
ؠ Manfaatkan masa-masa yang berharga dengan ketaatan (waktu sebelum dan selepas Subuh dan waktu Maghrib).
ؠ Qiamullail secara bersendirian setiap hari di rumah sekurang-kurangnya dua rakaat sebelum tidur atau beberapa jam sebelum Subuh.
ؠ Bersedekah empat kali sepanjang sepuluh hari pertama Zulhijjah, menyembelih korban bagi yang mampu dan jangan lupa hak orang fakir miskin.
ؠ Berusaha mengkhatamkan Al-Quran sepanjang sepuluh hari pertama Zulhijjah. Jika tidak, maka sejuzuk setiap hari.
ؠ Melazimi solat dhuha, sunat rawatib, witir dan sebagainya.
ؠ Makan sahur atau berbuka bersama keluarga atau ahli rumah setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga hari.
ؠ Mendoakan saudara-saudara yang telah tiada serta yang berjihad di Palestin dan di mana sahaja.
ؠ Menziarahi guru atau syeikh untuk mengambil manfaat bersama dengannya serta mengutip mutiara ilmu darinya.
ؠ Melaksanakan tugas sebagai daie dan haraki dan segala tugas-tugas yang diberikan dengan sebaik-baiknya.
ؠ Mulakan harimu dengan sedekah, moga-moga anda mendapat doa dua malaikat.

Akhirnya, jadikanlah sepuluh hari pertama Zulhijjah ini sebagai peluang untuk mentarbiyah jiwa dan ruh di dalam menghadapi kepayahan hidup, ujian dan cabaran. Jadikannya juga sebagai peluang untuk sentiasa berhubung dengan Allah SWT, mentarbiah diri untuk menghidupkan sunnah-sunnah Rasul SAW dan jadikan ia sebagai medan untuk berlumba-lumba di dalam mempelbagaikan ibadat. Jadikanlah sepuluh hari ini sebagai satu kursus tarbawi untuk mengubah, mendidik, membaiki, meluruskan serta merawat penyakit-penyakit hati. Jadikan ia sebagai peluang keemasan untuk menggapai cinta ilahi iaitu ketika mana anda melakukan amalan yang paling dicintai pada waktu yang paling dicintai. Jadikanlah syiarmu sepanjang sepuluh hari ini:
“Dan aku bersegera menuju-Mu wahai Tuhanku supaya Engkau redha.” (Toha: 84)
Artikel ini pernah disiarkan pada 21 November 2009.

 
Powered by Blogger