30 Disember 2009

Doa Ummi dan Abi Sumber Inspirasi Kejayaan

Menjaga hubungan dengan Allah Taala dan ibu bapa adalah sangat penting dalam memastikan kesinambungan kejayaan kita berpaksikan keredhaan Allah Taala. Pencapaian cemerlang Ahmad Fidak bin Mohd Rusdi mendapat 8 A 1B ketika keputusan PMR diumum Khamis lalu menjadikan beliau antara pelajar lelaki terbaik di kalangan ahli Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam & Klang yang lain. Menurut bapanya, Mohd Rusdi, Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pusat, keutamaan di dalam pendidikan ruhaniah dijadikan sebagai batu asas di dalam sistem pentarbiyyahan (latihan/ pendidikan) keluarga beliau. Dengan asas itu,...

25 Disember 2009

"Saya Kenal, Saya Faham, Saya Kuasai"

20-21 Disember 2009 - Bertemakan slogan "Saya Kenal, Saya Faham, Saya Kuasai" KRIM Shah Alam Klang telah berjaya mengadakan Kem Jati Diri 3 yang disertai oleh 32 orang peserta lelaki dan 56 peserta perempuan.Para peserta telah berkumpul di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah seawal jam 9.00 pagi sebelum bersama-sama menaiki bas menuju lokasi kem iaitu di Kem Mega Kristal, Kuala Selangor. Selepas selesai pendaftaran maka bermulalah pelbagai aktiviti menarik bagi membina jati diri para peserta.Kehadiran Cikgu Asmadi sebagai ketua fasilitator telah menggamatkan suasana sambil menghibur para peserta dengan pelbagai aktiviti...

20 Disember 2009

Kem Jati Diri Satu Kejayaan

Alhamdulillah, semasa artikel ini ditulis, peserta sedang menjamu makan tengah hari. Seramai 88 orang peserta menyertai kem anjuran KRIM Shah Alam Klang tahun ini. Dengan 32 orang peserta lelaki dan 56 orang peserta perempuan, menggamatkan suasana program pada kali ini.Tidak dinafikan tanpa aktiviti air@sungai, program mungkin akan kurang ceria. Namun kehadiran koordinator yang kreatif dan inovatif, satu gaya aktiviti baru dipersembahkan oleh Cikgu Asmadi (penggerak KRIM Shah Alam Klang ).Satu video program juga berjaya disiapkan untuk tatapan umum. Nantikan laporan yang lebih lengkap..Salam dari kami, urusetia dan fasilitator diKEM MEGA...

13 Disember 2009

Muzakarah Penggerak KRIM 2009

5 Disember 2009 - Alhamdulillah, selesai satu program Muzakarah Pengerak KRIM 2009 untuk seluruh negara. Banyak info dan perkongsian ilmu diperolehi bagi memantapkan kerja2 dakwah terhadap remaja ni.Beberapa Pakar Motivasi telah membentangkan kertas kerja mereka bagi membantu KRIM kawasan dan negeri merancang program tahun depan bagi merealisasikan Projek GEREM 2010/2011.Antaranya Tn Hj Arif, akh Bukhari, Ust Rusdi Alias, Cikgu Ismail (Johor), Akh Helmi (N9) dan Ukh Rasyidah (DHL).Namun sebelum itu akh Aminuddin Yahya@Chief of da mission@Penasihat Projek GEREM telah membentangkan kertas kerja mengenai Projek GEREM...Kita mesti dan harus...

03 Disember 2009

Kenapa Dibiarkan Merokok?

Oleh: Prof Madya Dr Zainurrashid Zainuddin http://imedik.wordpress.com Berapa billion USD dibelanjakan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk rokok?Berapa juta umat Islam yang mati tiba-tiba di serang penyakit jantung akibat rokok?Berapa juta umat Islam yang mati tersiksa dari kanser yang berpunca dari rokok?Berapa ramai di kalangan remaja dan pemuda Melayu Islam yang ketagihan dadah yang bermula dari rokok?Berapa ramai remaja yang digantung persekolahan disebabkan rokok?Berapa ramai imam-imam dan bilal yang nafasnya berbau disebabkan amalan merokok?Berapa juta di kalangan umat Islam yang gagal menunaikan fardhu haji kerana pendapatan...

15 November 2009

Riadhah di Bangi

22 November 2009 - Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam Klang telah bersama-sama menyertai Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Shah Alam dalam mengadakan perlawanan persahabatan bersama KRIM dan PEMBINA DHL dan Gombak dalam acara bola sepak dan bola tampar di kawasan riadhah Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI) di Bangi.Semoga pertemuan ini dapat bersama-sama mengukuhkan ukhuwwah imaniyah di samping memenuhi tuntutan jasmani dalam membina tubuh badan yang kuat sepertimana yang terdapat dalam 10 Peribadi Muslim.PEMBINA Shah Alam Media KRIMSAKwww.krimsak.blogspot....

KEM JATI DIRI 3

KEM JATI DIRI (3) 2009"Saya Kenal, Saya Faham, Saya Kuasai"BILANGAN PESERTA TERKINI : 60 ORANG (2 Dis 2009)Cepat sebelum penuh!!Tarikh : 19-20 Disember 2009Hari : Sabtu & AhadTempat : Kem Mega Kristal, Kuala SelangorYuran : RM80Terbuka untuk remaja 13-18 tahun lelaki dan perempuanTempat terhad untuk 80 orang peserta pertama!Berminat?? maklumat lanjut hubungi :-Cikgu Asmadi : 019-3395459Ustaz Rizal : 019-3079306Abu Aiman : 019-2392274Ustazah Zaleha : 013-2220620Cikgu Hafizah : 019-3640504Email : krimsak2009@yahoo.com*Insurans dan pengangkutan disediakan.*Tertakluk kepada perubahan dan syarat penyertaan.TENTATIF PROGRAMSabtu (19/12/09)9.00...

30 Oktober 2009

Azimat Menempuh Peperiksaan

“Bolehkah kamu berjaya dalam hidup jika tidak lulus SPM?” saya melontarkan soalan kepada peserta. Boleh tahan juga bilangannya yang mengangkat tangan untuk jawapan YA. “Maknanya ramailah yang merancang untuk gagal SPM ni ya? Senang kerja saya” saya membuat kesimpulan. Guru-guru pun ada yang kelihatan resah dengan idea yang saya sampaikan. Memberikan cadangan bahawa hidup boleh diteruskan dengan kejayaan tanpa kelulusan SPM? “Baiklah, bagi yang kata kita boleh berjaya dalam hidup walaupun gagal SPM, bolehkah kongsikan hujah anda?” saya menyambung provokasi. Seperti biasa, ramai yang tertunduk-tunduk, memandang dinding dan bumbung dewan,...

18 September 2009

Kun Rabbaniyyan

"Kun Rabbaniyyan Wa Laa Takun Ramadhaniyyan"- Hukama' -Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Ba...

16 September 2009

Iktikaf Semarak Ramadhan

Nantikan laporan penuh di ismashahalam.blogspot.comGambar : Galeri ISMA ...

Mashi Badar al-Kubro 1430H

ismashahalam.blogspot....

07 September 2009

Forum Kemerdekaan ISMA bincang nasib bangsa

Shah Alam, 5 Sept. - ISMA Cawangan Shah Alam & Klang telah mengadakan Forum Kemerdekaan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) di mana sekitar 150 orang hadir untuk menyaksikan 3 orang panel jemputan iaitu Ustaz Abdullah Zaik (Presiden ISMA), En. Aminuddin Yahaya (Setiausaha Agung ISMA) & Ir. Ahmad Jais (Pengarah Radio IKIM.fm) menghuraikan tema "Memartabatkan Kesetiaan Bangsa, Mengimbau Sejarah Silam".Ketiga-tiga orang panel memberi ulasan yang padat tentang permasalahan bangsa Melayu terkini dan jalan penyelesaiannya. Penonton juga turut mengambil kesempatan untuk bertanyakan pelbagai soalan, antaranya ialah soalan...

05 September 2009

Iftor Jam'ie 1430H

Tazkirah tarawih oleh Ustaz Rusydi30 Ogos 2009, Shah Alam - Dalam usaha untuk menyuburkan ruh Ramadhan Al-Mubarak dan ukhuwwah Islamiyyah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Shah Alam & Klang telah menganjurkan majlis berbuka puasa yang diberi nama "Iftor Jam'ie 1430H". Majlis yang dianjurkan oleh Biro Dakwah ISMA Shah Alam & Klang ini bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 13 dihadiri oleh 200 orang muslimin dan muslimat daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Walaupun ramai di kalangan ahli yang pulang ke kampung halaman masing-masing sempena meraikan cuti hari minggu yang lebih panjang,...

31 Ogos 2009

Forum Kemerdekaan ke-52

Mengapa kita gagal untuk bersatu atas satu akidah walaupun berbeza pendapat ?Kenapa hari ini kita menjadi terumbang-ambing tanpa risalah dan tanpa haluan?Mengapa kita terus menjadi habuan kepada pemangsa sekitar kita walaupun kita tahu kita adalah umat terpilih dan dimuliakan Allah Taala?Menjelang ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 52 pada 31 Ogos 2009 dan kemelut politik yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini, adalah sangat penting kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memahami hakikat kepentingan kemerdekaan kepada negara, menjiwainya, mengembalikan kesetiaan bangsa dan mengimbau sejarah silam untuk dijadikan panduan...

27 Ogos 2009

Ramadhan Dihayati Dosa Dihindari

Ustaz Rizal Sabran menyampaikan Kuliah SubuhSURAU MUNAWWARAH SEKSYEN 13Selasa, 25 Ogos - Alhamdulillah sekali lagi Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam Klang telah berjaya mengadakan program dalam usaha membina generasi remaja. Program Penghayatan Ramadhan (PPR) telah selamat dijayakan dengan kehadiran lebih 30 orang peserta di Surau Munawwarah, Seksyen 13, Shah Alam.Program dimulakan dengan Solat Tarawih bersama-sama dan kemudiannya para peserta berkumpul untuk sesi taaruf. Usai taaruf semua bersiap sedia khidmat diri untuk tidur. Ramai juga yang menyambung tilawah Al-Qur'an.Pada pukul 3.30 pagi semua peserta telah dibangkitkan bagi menjalankan...

11 Ogos 2009

Sempena Ramadhan Yang Bakal Tiba

Perhatian kepada pembaca.Terdapat sedikit perubahan pada program Jom Jalan-Jalan Mencari Iman.Ini kerana terdapat beberapa masalah teknikal dan situasi terkini yang bahaya seperti wabak H1N1 yang begitu kronik rebakannya.Semua ada hikmahnya.Oleh itu,program ganti akan diadakan.1)Program MABIT(Malam Bina Iman dan Taqwa)Program ini akan bermula pada 9.30 malam(15 ogos) dan akan berakhir pada 10 pagi(16 ogos).Pada pagi tersebut peserta akan beriadah di Seksyen 7 Shah Alam di padang berdekatan Surau At-TaqwaHari : Sabtu Malam AhadTarikh : 15 Ogos 2008.Tempat :Surau Munawarah,Seksyen 13 Shah AlamSasaran :12 sehingga 18 tahunTiada YURAN...

Pages 341234 »

 
Powered by Blogger