27 Februari 2011

Jom kita main! KRIM D'REUNION



D'REUNION KRIM SHAH ALAM



Peserta

Semua ahli KRIM & REMAJA yang berminat untuk menyertai KRIM (lelaki shj)
Berumur 13-18tahun


Tempat
Perkarangan Masjid Negeri


Tarikh
5 mac 2011 bersamaan 25 Rabiulawwal 1432H


Masa
8.00pg hingga 12 tghari


PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DISEDIAKAN

+SENAMAN
+ MAIN FUTSAL
+ PENGISIAN ROHANI
+MAKANAN DISEDIAKAN

TIADA YURAN DIKENAKAN!!



Pertanyaan lanjut sila hubungi:

Umar Farouq:018-3848712
Zikri:013-3015476

22 Februari 2011

Muslimah Breakfast!!



Assalamualaikum, apa khabar adik-adik puteri di luar sana?
Ingin sertai aktiviti menarik serta menambah kenalan dan merapatkan ukhuwwah?
Mari bersama-sama sertai program Muslimah Breakfast yang dianjurkan Kelab Remaja ISMA Shah Alam. Maklumat lanjut tertera di bawah; -

Jom sertai!!


MUSLIMAH BREAKFAST

Tarikh:
27 Februari 2011 (Ahad)

Tempat:
Taman Tasik PKNS
(bersebelahan Wet World)

Aktiviti:

8.00 pagi - Berkumpul
8.30 pagi - Pengenalan KRIM & Pembahagian kumpulan
9.30 pagi - Deco Sandwich
10.00 pagi - Makan sandwich
10.15 pagi - Game Belon
10.45 pagi - Lukis Potret
11.15 pagi - Resolusi dan penyampaian hadiah
11.30 pagi - Makan!



Mari bersama-sama memeriahkan pagi Ahad ini!


21 Februari 2011

Rasulullah Di Alam Remaja


Terpelihara dari Keseronokan Dunia

Rasulullah telah dipelihara oleh Allah daripada segala perlakuan muda mudi yang menyeleweng dan tidak berfaedah. Nabi pernah bersabda mengisahkan tentang dirinya dalam riwayat Ibn al-Athir:

"Aku tidak pernah berkeinginan kepada sesuatu yang dilakukan oleh orang jahiliyyah kecuali dua kali. Semuanya itu dihalang oleh Allah antaraku dan keinginanku itu. Setelah itu aku tidak lagi berkeinginan kepadanya sehinggalah Allah memuliakan aku dengan melantik sebagai rasul-Nya. Pada suatu malam aku berkata kepada seorang budak yang sama-sama mengembala kambing denganku di tempat tinggi di Mekah: Bolehkah kamu tolong tengok-tengokkan kambingku supaya dapat aku pergi ke Mekah dan berhibur di situ sebagaimana anak-anak muda yang lain? Budak itu menjawab: Baiklah, aku akan lakukan. Lalu aku pun keluar sehingga apabila sampai ke rumah pertama di Mekah, aku mendengar bunyi-bunyian. Aku pun bertanya: Apakah ini? Mereka menjawab: Inilah perkahwinan si fulan dengan si fulanah. Lalu aku pun tumpang mendengar. Tiba-tiba Allah menutup pendengaranku sehingga membuat aku tertidur. Aku hanya terjaga apabila dikejutkan oleh panas matahari. Lalu aku kembali kepada sahabatku. Dia pun bertanya kepadaku dan aku memberitahu apa yang terjadi. Pada malam yang lain aku berkata seumpama itu juga kepada sahabatku. Lalu aku masuk ke Mekah dan berlakulah kepadaku seperti yang berlaku pada malam pertama. Setelah itu aku langsung tidak berkeinginan terhadap perkara buruk."



Bersungguh-sungguh Mencari Rezeki

Diriwayatkan secara sahih bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bekerja pada awal hidupnya sebagai pengembala kambing. Dalam hadith sahih riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., Baginda pernah bersabda:

"Aku pernah mengembala kambing untuk penduduk Mekah dengan upah beberapa qirath."



Pergantungan Hanya kepada Allah Taala

Sejak permulaan lagi kehidupan Rasulullah dipenuhi dengan ujian yang banyak. Sesungguhnya Allah ingin agar hati Nabi s.a.w. tidak bergantung selain hanya kepada-Nya. Tidak kepada bonda, ayahanda, datuk bapa saudara mahupun tidak kepada harta, kekuasaaan dan kepada selainNya. Lantaran pergantungan sebegini merupakan antara elemen penting dalam pembinaan jatidiri Rasulullah. Sehingga Baginda tidak akan berkata: "Ayah... ayah." Namun baginda berkata: "Tuhanku... Tuhanku."



Peperangan Fijar

Rasulullah telah menunjukkan keperibadianan yang berani sejak remaja lagi. Semasa umur Baginda s.a.w. 15 tahun terjadi Peperangan Fijar iaitu peperangan antara orang Quraish dan sekutu-sekutu mereka dengan Qays bn 'Aylan. Dalam peperangan ini, Rasulullah s.a.w. turut serta dan berperanan membekalkan anak panah kepada bapa-bapa saudaranya, iaitu mempersiapkan untuk mereka anak-anak panah untuk dipanah. [ Ibn Hisham ]



Rujukan:
1. Asas-Asas Islam, Dr. Ali Laban, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
2. Raheeq Makhtum, Safiyyu Ar-Rahman Al-Mubarakfuri, YADIM.
3. Fiqh Sirah, Muhammad al-Ghazali, Pustaka Salam.

18 Februari 2011

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H



.:: PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H ::.

"Perpaduan Teras Kecemerlangan"

20 Februari 2011 [Ahad]

Surau Al-Islah Seksyen 7, Shah Alam


Anjuran bersama:

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)



TENTATIF PROGRAM

2.00-2.30 petang

Pendaftaran untuk semua aktiviti pertandingan



2.30-4.30 petang

Pertandingan Bercerita (kategori darjah 1-3)

Pertandingan Bercerita (kategori darjah 4-6)

Pertandingan Mewarna (Kategori Bawah 6 tahun)
Pertandingan Mewarna (Kategori Bawah 7-9 tahun)
Pertandingan Melukis (Kategori 9-12tahun)
Pertandingan Azan ( Kategori 12-18 tahun)
Gubahan Buah (Beliawanis & Wanita) 3 orang satu kumpulan



5.15-6.45 petang

(LELAKI) - Padang Surau Al-Islah
Volleyball
Tarik Tali
Teh Tarik
Bowling Kelapa
Sukaneka

(WANITA) - Dewan Surau Al-Islah
Bengkel Kesihatan
Penceramah: Dr Romzi bin Mohd Ali (HKL)



8.00-10.00 malam

Forum Maulidur Rasul
Ahli Panel:
Prof Madya Fauzi Deraman (UKM)
Ustaz Fauzi Asmuni (ISMA)



10.00-10.15 malam

Penyampaian Hadiah



10.30-11.00 malam

KENDURI SEKAMPUNG DAN RAMAH MESRA



PAMERAN-PAMERAN MENARIK TURUT DISEDIAKAN!!

*Sebarang pertanyaan boleh hubungi Akh Ibrahim - 013-3886772

17 Februari 2011

Kisah Lilin.


Suatu malam yang gelap... Nurul memasuki biliknya yang tidak berlampu... namun suasana gelap gelita itu diterangi dengan cahaya 4 batang lilin yang menyala di biliknya. Tetapi Nurul mulai sedih apabila lilin-lilin tersebut padam satu-persatu...

Lilin pertama terpadam bertulis "kekuatan". Tanah-tanah umat Islam dijajah, rakyatnya ditindas dan diseksa, wanita pula diperkosa. Nurul merasa sebak.

Suasana bertambah buruk. Lilin kedua terpadam. Bertuliskan "ukhuwwah". Umat Islam berpecah-belah. Negara Islam tidak bersatu. Para pemimpin pula sibuk bertelagah. Nurul mula menitiskan airmata.

Parah. Bertuliskan "keimanan", lilin ketiga terpadam. Masyarakat tidak lagi mengenal Tuhan. Arak dan zina sebagai perhiasan. Hiburan dan riba' menjadi amalan. Tiada apa lagi yang mampu menahan kesedihan ini. Kegelapan mula menyelubungi.

Nurul memandang lilin keempat, lalu tersenyum. Terlihat lilin bertuliskan "harapan" cerah menyala. Lalu diambilnya lilin itu dan dinyalakan lilin-lilin yang telah padam. Maka bersinarlah kembali nur Islam dengan keagungannya!

Maka marilah bersama-sama kita Membina Generasi Harapan!

13 Februari 2011

Remaja Harapan Bangsa


Generasi yang kita kasihi

Saban hari di dada akhbar, berita tentang salah laku dan jenayah adalah suatu hal yang tidak asing lagi bagi kita. Apabila tidak mendengar berita-berita ini, mungkin dunia akan berasa pelik kerana seolah-olah ia menjadi aman dari hal-hal yang jelik seperti itu. Melihatkan situasi ini, yang digusarkan kita adalah generasi yang kita impikan sebagai pemimpin di masa hadapan. Tanpa sebarang tindakan, mereka ini pasti akan hanyut dibawa arus deras globalisasi yang tidak mengenal sesiapapun.

Kalaulah generasi remaja dan anak muda kita hari ini asyik leka dan sibuk dengan hal-hal yang tidak mematangkan pemikiran mereka, menjauhkan mereka daripada Islam, dan memperbudakkan akal mereka, maka jenis pemimpin apakah yang negara dan bangsa ini akan dapatkan? Alasan untuk memberi mereka ruang dan nanti akan berubah apabila dewasa saya kira tidak relevan lagi. Kerana generasi-generasi ini yang saya perhatikan sedari remaja kini telah dewasa tidak menunjukkan bibit-bibit kedewasaan dan kematangan, bahkan menjadi lebih teruk hari ke hari.

Ibrah dari sirah

Siapa lagi yang akan membantu generasi ini? Siapa lagi yang mahu menumpukan fokusnya kepada pembaikan generasi-generasi ini? Janji kemenangan yang disebut dalam hadith baginda nabi SAW tidak akan terjadi secara tiba-tiba. Tidak pula ia berlaku dengan penuh keajaiban, semena-mena dari langit turunnya. Bahkan, Muhammad al-Fateh ketika berumur 18 tahun sudah menaiki takhta kerajaan Uthmaniyyah, tetap melakukan perancangan demi perancangan, strategi demi strategi untuk memastikan kejatuhan Konstantinopel kepada Islam. Iya, realisasi dengan usaha, Islam bukan agama pari-pari yang percaya kepada magis dan sihir. Bantuan Allah adalah kerana kemurahan dan kehendak-Nya, sesuai dengan usaha yang dilakukan oleh hamba-Nya.

Mungkin kita perlu disentak dan diingat kembali tentang peristiwa Khandaq di mana ummat Islam ketika itu berada di suatu peperangan yang menyebabkan mereka tersekat dan disekat dari segala penjuru sehingga kemungkinan untuk kemenangan itu tidak jelas pada pandangan waras akal manusia ketika itu.

“Ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah, dan ketika pandangan telah suram, dan hati telah naik sampai kekerongkongan. Dan ketika itu kamu berprasangka kepada Allah dengan prasangka yang salah. Di kala itu orang-orang beriman mendapat ujian dan perasaan mereka digoncang dengan goncangan yang hebat”. (QS:Al-Ahzab:10-11)

setelah keadaan sebegini teruk, sebegitu dahsyat, barulah Allah turunkan bantuannya kepada ummat Islam. Itupun setelah mereka berusaha dengan penuh gigih, ditekan-tekan musuh dari dalam dan luar, ketika itulah Allah berkenan untuk permudahkan hamba-Nya. Tidak lain hanya menguji kebergantungan mereka kepada Allah.

Bererti, keadaan ummat dan generasi remaja kita hari ini tidak mungkin akan berubah secara automatik, tidak mungkin akan membaik secara tiba-tiba, melainkan ada usaha kepadanya, melainkan ada golongan yang bekerja untuk memperbaiki keadaan mereka. Dalam membawa dakwah ini kepada fasa infitah, maka remaja tidak dapat tidak turut termasuk dalam golongan sasaran pembaikan. Maka pemfokusan khusus kepada golongan ini adalah perlu dan ianya perlu juga kepada susunan yang teratur.

Ke mana dengan generasi remaja?

Dakwah kepada remaja merupakan suatu usaha yang sangat penting dan berimpak tinggi kerana remaja pada usia ini berada pada fasa ia mencari identitinya. Maka kita akan melihat remaja dengan pelbagai ragam dan bentuk pemakaian. Mereka ini umpama singa lapar yang menerkam apa sahaja yang bergerak dan boleh diratah. Mereka mencuba sehinggakan mereka lupa di mana had dan limitasi percubaan mereka. Maka, mereka memerlukan kepada suatu ikutan atau qudwah daripada mereka yang mampu untuk memimpin dan menjinakkan mereka.

Mereka perlu difahamkan mengapa kita perlu kembali kepada Islam. Mereka perlu disedarkan bahawa kemuliaan yang sebenar hanya dengan Islam. Mereka perlu difahamkan bahawa masa depan ummah akan dipikul mereka tidak lain hanya dengan membawa nama Islam. Mereka perlu diberitahu dan difahamkan bahawa di luar sana, musuh Allah telah berpakat untuk merosakkan wacana dan citra ummat Islam dengan pelbagai mehnah dan anasir. Usaha membersih jahiliyyah dari jiwa bukan suatu hal yang mudah dan singkat, namun tidak mustahil.

Setelah jahiliyyah itu dirobohkan, maka tiada berlengah lagilah para du’at melainkan dengan membangunkan Islam di dalam jiwa mereka. Seterusnya membentuk peribadi dan pemikiran yang berpaksikan Islam semata. Di sini, bimbingan dan tunjuk ajar untuk mendidik para remaja melihat sesuatu dengan kaca mata Islam adalah suatu kebutuhan yang penting.

Pada fasa-fasa ini, syaitan akan menyerang dan cuba menyelit jarum-jarumnya agar mereka kembali semula kepada jalan gelap yang mereka sedang tinggalkan. Akan terdengarlah panggilan-panggilan sumbang, suara-suara nyaring yang mengilukan menyeru kepada kembalinya ke jalan yang kotor itu. Maka mu’ayasyah para du’at dalam bentuk ukhwah, jaulah, rehlah, perkongsian, riadhah dan lain-lain akan membantu generasi remaja ini untuk terus dan tetap tsabat di jalan tarbiyyah.

Al-akh itu dikenali daripada fikrah yang dibawanya, seterusnya terjemahan tarbiyyah dalam kehidupannya, dan kemudian kata-katanya sebagai dakwah kepada Allah SWT. Di sebalik sifat-sifat yang menghiasi peribadi al-akh ini, dia adalah orang biasa, bukan maksum dan tidak pula terkecuali daripada melakukan kesilapan. Namun, peribadi-peribadi ini sudah cukup untuk membezakan mereka daripada orang lain. Maka, kenalilah dan raikanlah tabi’e mad’u anda ataupun para remaja ini. Pastinya mereka bukan jenis yang duduk sahaja mendengar dengan khusyuk.

siapa lagi kalau bukan kita?

Di akhirnya, kita fahami dan jelas bahawa generasi remaja inilah pewaris dakwah kita. Maka mereka bukanlah generasi yang kita perlu tunggu dewasa untuk dibentuk dan dididik dengan tarbiyyah Islamiyyah, tetapi dari sekaranglah mereka perlu dicelup dengan sibghatullah. Ianya bermula sekarang, generasi remaja bukan generasi yang tidak tahu apa-apa, mereka tidak perlu dilayan seolah-olah mereka tidak erti akan apa yang berlaku di dunia sekarang, tetapi mereka memerlukan murabbi yang memahami dan mahu mendidik mereka.

Siapa lagi yang mahu diharapkan melainkan kita yang memanggil diri ikhwan dan akhwat, para penyongsong dakwah?!

Oleh: Mohd Azmir Mohd Razli

www.ismashahalam.net


12 Februari 2011

Pemuda Penggoncang Dunia




Tarikh 12 Februari 2011 telah melakar sejarah di mana hari kesyahidan Imam Hasan Al-Banna telah menjadi saksi tumbangnya pemerintahan zalim rejim Hosni Mubarak di Mesir dengan kuasa desakan rakyat.

Jika kita saksikan tidak lain tidak bukan para pemudalah yang membanjiri medan tahrir dengan teguh berdiri selama 18 hari berjuang menuntut hak dan maruah bangsa, negara dan agama. Fenomena ini menjadi saksi bahawa para pemuda mempunyai pengaruh luar biasa dalam menentukan hala tuju sesebuah agenda. Pemuda yang teguh imannya, kuat jiwanya, besar matlamatnya yang akhirnya mampu menggoncang dunia.

Dunia perlu mengambil iktibar dengan memperkasakan remaja dan belia melalui pembentukan peribadi dan jatidiri yang mantap agar mampu menjadi pendokong yang akan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Ayuh remaja di luar sana kita membentuk motivasi, iltizam dan jatidiri supaya kita juga mampu menjadi PEMUDA PENGGONCANG DUNIA seperti mereka!!

"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda yang beriman kepada Rabb mereka, lalu Kami tambahkan petunjuk kepada mereka." [ Al-Kahfi : 13 ]

10 Februari 2011

Say No To Valentine Day!!


PERNAHKAH anda berjalan-jalan pada bulan Februari di pusat beli-belah, kedai-kedai buku, atau ke mana-mana sahaja dan cuba perhatikan di sekeliling anda, di dinding-dinding atau langit-langit terpampang gambar warna merah jambu, ada yang berbentuk dua buah hati jambu dan sebagainya yang pastinya akan mengundang pelbagai perasaan dalam hati.

Memangnya, ada apa dengan bulan Februari ini, sehinggakan banyak terpampang gambar hati merah jambu? Di antara meriahnya warna merah jambu terpampang tulisan besar-besar ‘Happy Valentine Day’, di televisyen dan radio, majalah mahupun akhbar juga seolah-olah tidak ingin ketinggalan menampilkan iklan Hari Valentine, memanfaatkan isu ‘valentine day’ dengan menyelenggarakan pelbagai acara yang kebanyakkannya boleh merosakkan akhlak muda mudi dan para remaja.

Apa yang jelas, Valentine Day bukan saja diraikan oleh para remaja, tetapi juga oleh para ibu bapa terutama di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur ini. Maka penuh sesaklah restoran-restoran mewah, hotel-hotel mewah dan ruang-ruang mewah dengan acara memperingati kekasih dengan cara yang di luar batas-batas kehendak Islam.

Pandangan Islam terhadap perayaan Valentine Day telah jelas haram dan terkeluar dari syariat Islam. Juga jelas haram dan membelakangkan syariat Islam mengenai aktiviti para remaja yang ikut-ikutan merayakan ‘valentine day’ dengan membabi buta, disertai aktiviti campur baur antara lawan jenis, dan perbuatan maksiat lain.

Islam adalah akidah dan syariah, di dalamnya terkandung aturan seluruh kehidupan manusia.Tidak ada satu pun kehidupan yang tidak diatur oleh Islam, dan setiap Muslim wajib ‘mengikat’ seluruh perbuatannya dengan hukum syarak, diharamkan ia melakukan perbuatan tanpa mengetahui status hukumnya, sebagaimana kaedah fekah, mengatakan ‘al aslu fi al af’al ataqiyudu li al hukmi syar’i’ yang bermaksud ‘Asal (pokok/hukum) perbuatan itu terikat dengan hukum-hukum syarak.’

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (An-Nisa: 65).

Sumber: KRIM JOHOR

 
Powered by Blogger