24 November 2010

Jambori Remaja Muslim Nasional... Ayuh sertai warga Shah Alam Klang!!



15 November 2010

Kem Pemantapan Sahsiah di SMK Seksyen 27 Shah Alam






SHAH ALAM, 10 NOVEMBER – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia ( KRIM ) cawangan Shah Alam Klang telah meneruskan langkah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 bagi menunaikan amanah oleh pihak sekolah untuk melakasanakan Kem Pemantapan Sahsiah 2010.

Selari dengan usaha KRIM dalam merealisasikan agenda melahirkan remaja yang bermotivasi dan beriltizam seterusnya membina jatidiri remaja hebat, pemangku pengarah Kelab Remaja ISMA Shah Alam dan beberapa orang ahli jawatankuasa KRIM Shah Alam Klang telah turun bagi menjayakan program ini.

Tepat pukul 8.30 pagi, program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Kaunselor Rozilah Binti Damiri merangkap guru di bahagian unit Kaunseling dan kerjaya sekolah. Seusai ucapan aluan ringkas, sesi pengenalan KRIM telah disampaikan oleh pemangku Pengarah KRIM Shah Alam Klang. Taklimat tersebut dikaitkan dengan matlamat KRIM yang berusaha membantu memperbaiki peribadi dan akhlak khusus buat remaja masa kini.

Aktiviti pertama yang dijalankan setelah para pelajar diserahkan kepada pihak KRIM ialah ice breaking yang dikendalikan oleh barisan fasilitator daripada penggerak KRIM Shah Alam Klang. Para pelajar kelihatan seronok dan bersemangat untuk memecahkan tembok jurang antara mereka dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif bermanfaat. Selesai slot “ice breaking” dan minum pagi, program diteruskan lagi dengan slot ceramah bertajuk “Hakikat Kehidupan” oleh Ustaz Pathan b. Hussin.

Melalui slot ini, para pelajar dapat mengenali diri, mengetahui tujuan hidup dan destinasi yang mereka akan tuju. Objektif slot Hakikat Kehidupan ini telah dikukuhkan lagi dengan perlaksanaan Latihan Dalam Kumpulan 1 ( LDK ) yang dikendalikan oleh fasilitator dengan aktiviti dan permainan yang berkait rapat dengan mengenal erti kehidupan.

Pada sebelah petangnya, program diteruskan lagi dengan slot ceramah ke 2 bertajuk “Selamat Tinggal Jahiliyyah” oleh Cikgu Asmadi b. Abd Samad. Slot yang dilaksanakan selepas menjalankan Latihan Dalam Kumpulan 2 ( LDK ) ini telah menyemarakkan lagi semangat para pelajar untuk mengetahui helah anasir-anasir jahiliyyah yang membelenggu remaja hari ini seterusnya membuka ruang pemikiran para pelajar langkah terbaik untuk dilakukan setelah mendapat penjelasan di dalam slot terakhir ini.

Dengan berakhirnya slot tersebut, maka berakhirlah Kem Pemantapan Sahsiah 2010 ini. Ucapan Perasmian telah disampaikan oleh Tuan Hj Baharudin Bin Hassan selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SMK 27. Beliau mengucapkan terima kash kepada Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Shah Alam/Klang atas kesudian melaksanakan program tersebut di samping menekankan kepada para pelajar mengenai peri pentingnya sahsiah peribadi muslim yang perlu dipraktikkan oleh para pelajar. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada pihak penganjur dan para peserta.

03 November 2010

JAMBORI REMAJA MUSLIM NASIONAL 2



INGIN MENDAFTAR UNTUK MENYERTAI JIRIM2?

Tahniah! keputusan adik-adik untuk menyertai kami merupakan langkah awal untuk adik-adik mendapatkan pengalaman dan ilmu yang tidak ternilai!

BAGAIMANA INGIN MENDAFTAR?

Adik-adik boleh 'bank in' atau 'online transfer' yuran pendahuluan sebanyak RM30 untuk mengesahkan penyertaan adik-adik ke akaun Maybank:

153029186371
di atas nama: Izyan Hamizah bt. Md Izaman
Bakinya dibayar semasa hari pendaftaran.

ATAU

Adik-adik boleh terus membayar yuran penuh sebanyak RM100 ke akaun di atas.

JANGAN LUPA!
Simpan resit transaksi sebagai bukti pembayaran! Juga pastikan nombor rujukan transaksi turut disimpan untuk maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran!

Kemudian, adik-adik boleh memilih opsyen di bawah untuk mendaftarkan diri adik-adik!

1. Menghubungi AJK kami:

* Saudara Nukman – 013 4061691
* Saudara Firdaus – 013 3706087

* Saudari Adibah – 019 4552688

* Saudari Fariena – 013 9902450

2. Mendaftar secara ‘on-line’ di sini!

3. Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke AJK kami dengan butiran berikut :

* Nama peserta

* No IC peserta

* Nama Sekolah
* No Hubungan

Sertakan juga maklumat pembayaran seperti berikut:

-tarikh pembayaran/transaksi
-waktu pembayaran/transaksi
-no rujukan transaksi

Sekali lagi diingatkan, sila simpan maklumat/slip pembayaran sebagai bukti semasa hari pendaftaran kem.

APA YANG PERLU SAYA TAHU TENTANG KEM INI?

Sekiranya adik-adik berada di luar jaringan KRIM kawasan, muat turun pamplet yang telah dimuatnaik ke laman web ini dan telitilah apa yang perlu dibawa sepanjang program ini!

Tentatif juga dimuatkan dalam pamplet tersebut.

Adik-adik juga boleh bertanya kepada wakil KRIM Kawasan kami tentang program ini!

Sekiranya adik-adik masih mempunyai kemusykilan, silakan bertanya di ‘Shout Box’ laman web jirim, ATAU hubungi mana-mana wakil KRIM Kawasan yang berdekatan dengan adik-adik, ATAU hubungi AJK Pendaftaran JIRIM seperti yang tertera di atas. Kami bersedia menerima persoalan daripada adik-adik!

APAKAH YANG AKAN SAYA DAPAT SEPANJANG KEM INI?

Adik-adik akan mendapat peluang berkenalan dengan kawan-kawan baharu dari seluruh Malaysia dan dipimpin oleh Fasilitator yang berwibawa sepanjang kem ini.

Adik-adik juga akan menimba pengalaman yang belum pernah adik rasai sebelum ini! Dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar, adik-adik akan diuji ketahanan fizikal, mental dan juga rohani!

 
Powered by Blogger