07 April 2012

Bridged April : OPS CUCI


Sabtu 7 April 2012 – Kelab Remaja Isma Shah Alam dengan kerjasama Surau Al Islah S 7 telah mengadakan Bridged Bulan April bertajuk ‘Ops Cuci’. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah melibatkan peserta seramai 30 orang. Seawal jam 8 pagi, peserta telah mula menghadirkan diri untuk urusan pendaftaran dan kemudiannya berbaris untuk kawad kaki. Kawad kaki kali ini telah diketuai oleh saudara Kamarul, pelajar UITM Shah Alam.

Tepat jam, 9 pagi, perkongisan yang bertajuk Sayonara Jahiliyah telah disampaikan dengan penuh mantap dan berkesan oleh Ustaz Rizal, penceramah jemputan merangkap Imam Besar Surau Munawwarah S13 Shah Alam. Menurut beliau

“Remaja adalah zaman penuh stress dan storm . Peringkat ini juga merupakan transisi akan zaman kanak-kanak dan dewasa, mereka mula memikirkan tujuan kehidupan? Idola apa yang harus aku contohi ? Perilaku apa yang harus aku ikuti” mereka keliru.

Menurut beliau lagi

“ Marilah kita sama-sama memelihara diri daripada karat-karat serta sisa jahiliyah. Ini kerana,

“Setiap perbuatan dosa kita akan membuat titik hitam dalam hati ” Cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang-orang yang membuat maksiat, orang-orang yang membuat dosa.

“Kehidupan kita jika tidak dipenuhi perkara baik, maka akan dipenuhi perkara negative”

Program kemudiannya diteruskan dengan aktiviti dalam kumpulan dan sketsa lakonan. Program berakhir pada jam 1 petang. Pihak penganjur berharap, lebih ramai peserta akan menyertai program Bridged ini yang diadakan pada setiap bulan.


Disediakan oleh,

Asyraf Farique

Aktivis KRIM Shah Alam

Lebih Gambar ? Sila tekan link ini.

03 April 2012

Perjuangan masih panjang & jauh .



Assalamua’laikum w.b.t.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda s.a.w. Salam buat semua para remaja yang di luar sana dan seluruh warga KRIM Shah Alam.
Pertamanya bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita semua sehingga ke detik ini.Saya mewakili pihak KRIM Shah Alam ingin memulakan dengan mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua remaja –remaja di luar sana yang telah Berjaya dengan cemerlang di dalam keputusan SPM baru ini.Begitu juga kepada adik-adik KRIM di Shah Alam khususnya yang mendapat keputusan yang cemerlang ,di antaranya adik Khadijah Khalid dan adik Ahmad Fidak B Mohd Rusdi .Saya percaya ramai lagi adik –adik KRIM di Shah Alam ini dan remaja di sekitar Shah Alam yang mendapat keputusan yang cemerlang .Pihak KRIM Shah Alam mendoakan Moga adik-adik semua mengekalkan momentum kecemerlangan anda semua demi kepentingan Ummah .

Bagi yang kurang Berjaya ,ataupun yang kurang cemerlang ,ini bukanlah satu detik pengakhiran bagi anda semua ,kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
[Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya].
Ingat adik-adik semua,sebagai pelajar Muslim kita mesti mepercayai yang ini adalah ujian bagi Allah kepada hambanya dan setiap apa yang berlaku itu sebenarnya kita mampu untuk meghadapinya dan bukan masa untuk menyesalinya sehinggakan mengganggap bahawa dah tiada harapan selepas ini. Sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah:286)
“Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.”
(Surah al-Ankabut :2)




Jadikan kegagalan itu satu batu lonjatan bagi adik-adik semua untuk menuju kejayaan.InsyaAllah jika bermula dengan niat yang betul ,Ikhlas kerana Allah ,Usaha yang berterusan ,Bertawakal kepada Allah ,adik-adik pasti akan Berjaya kelak.Adik-adik mesti mempercayai Sunnahtullah di alam ini,sesiapa yang berusaha itu mesti Berjaya, “ Man jadda wa jadda”.Suka saya berkongsi satu cerita dengan adik-adik yang mana mungkin berlaku di kalangan adik –adik ataupun berlaku di kalangan rakan adik-adik semua .
Kisah seorang adik yang mengeluh dek kerana tidak mendapat keputusan yang baik semasa peperiksaan akhir tahun.Ini menyebabkannya tak dapat menyambung pengajian ke Oversea yang ditetapkan.
“Bang, kenapa saya tak lepas sedangkan kawan saya yang lain tak study pun tapi boleh lepas,tapi kenapa saya yang study nie tp jadi macam nie,” luahan hati si adik ini.
“Classmate saya yang cina dan india semuanya lepas padahal diaorang nampak tak study pun”tambahnya lagi
“Roomate saya asyik main games jer kat bilik tapi dia pun lepas ,saya yang joint program islamik tak lepas ,sedihla bang.”keluhannya lagi.
Saya hanya mampu mendengar sehinggalah adik ini meluahkan seluruh isi hatinya tanpa ada satu pun rasa di sebalik hikmah yang Allah beri .Saya teringat akan firman Allah yang bermaksud:

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

Saya membaca kalam Allah ini dan menghuraikannya kepadanya dan ingatlah yang semua ini adalah ujian bagi orang yang mengingati-Nya.Mesti ada hikmah di sebaliknya dan kita mesti mencari hikmah tersebut supaya kita melihat ujian ini disebaliknya iaitu begitu cintanya Allah kepada kita.
Allah menyayangi kita hinggakan Allah hanya memberi ujian sekadar kemampuan kita sepertimana dalam surah Al-Baqarah:286.Setiap Muslim mampu untuk menghadapi ujian tersebut tetapi mesti memikir dalam keadaan yang rasional bukannya mengikut hawa nafsu dan syaitan.

Alhamdulillah selepas itu ,adik ini sedikit demi sedikit menerima takdir Allah ini dan mencari hikmah di sebaliknya .Selang beberapa hari kemudian adik ini mendapat tawaran ke tempat lain dan sekarang bakal bergelar seorang doctor .Begitu hebatnya ujian dan nikmat yang Allah berikan kepada adik ini,moga adik ini terus berjaya menjadi seorang doctor Muslim yang berkhidmat untuk agamanya.Sebagai kesimpulannya daripada cerita di atas banyak perkara yang boleh ambil :

1. Pertamanya tidak semestinya seorang itu gagal di dunia ,dia akan gagal di akhirat begitu juga apabila Berjaya seseorang itu di dunia ,tidak semestinya dia Berjaya di akhirat. Beruntunglah seseorang yang apabila dia Berjaya di dunia , di akhirat pun turut sama mendapat kejayaan .

2. Keduanya jadikan kegagalan itu satu batu lonjatan untuk betemu dengan kejayaan.Ketiganya ,bagi yang mempunyai masalah yang sama seperti di atas, berjumpalah dengan orang yang adik-adik percayai dan arif tentang masalah adik-adik. Minta pandangan dan cadangan apa yang saya perlu lakukan selepas ini dengan keputusan yang saya dapat ini.

3. Ketiganya tak semua perkara @ keputusan yang baik yang kita perolehi adalah baik untuk diri kita dan tak semestinya perkara @ keputusan yang tidak cemerlang @ lemah itu adalah tidak baik kemungkinan ia adalah yang terbaik buat diri kita.Semuanya adalah perancangan Allah.

Akhir kalam daripada pihak jawankuasa KRIM Shah Alam ,khususnya kepada adik-adik yang menerima result SPM baru ini,teruskan perjuangan kalian semua ,perjalanan masih panjang dan jauh ,banyak lagi ujian dan dugaan yang adik-adik semua akan tempuhi .Teruskan langlah kalian semua menuju ke puncak kejayaan .Tinggalkan tapak –tapak atau kesan calar itu(ibarat memanjat gunung) sebagai penawar untuk mendapat kejayaan di dunia mahupun di akhirat kelak.


Mohd Fairul Nafazli Bin Md Nazin

Timbalan pengarah
Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM)Shah Alam

BRIGED 4...Ops Cuci...



AYUH BERAMAI-RAMAI

KE BRIGED KE-4

KRIM SHAH ALAM...

OPS CUCI....


SABTU INI...7 APRIL 2012...8.30 PAGI..SURAU ISLAH...

BERPAKAIAN SUKAN...

TERBUKA REMAJA SEKOLAH MENENGAH LELAKI PEREMPUAN MUSLIM..

PERCUMA!!




HUBUNGI:

Abang Khairil : 017-9569048
Abang Husni : 012-3811653
kak Norhafizah : 019-5503779


layari www.krimsak.blogspot.com
https://www.facebook.com/krimshahalam

 
Powered by Blogger