
Pada hari Ahad 15 Mac, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Shah Alam Klang telah mengadakan Karnival Sukan Remaja dengan jayanya. Karnival tersebut telah disertai oleh remaja-remaja yang datang dari segenap pelusuk daerah Shah Alam dan Klang serta tidak ketinggalan juga dari Jeram.Program telah dimulakan dengan kata-kata aluan dan semangat daripada pengarah program Akh Azizudin bin Saidin dengan menekankan bahawa karnival kali ini bukan semata-mata untuk mencari kemenangan perlawanan tetapi sebaliknya mementingkan kemenangan sebenar iaitu dalam berukhuwwah, berkenal-kenalan antara satu sama lain. Kemudian, ucapan beliau diiringi dengan...