27 Jun 2009

Ikhtilat.

Pergaulan antara lelaki dan wanita "ikhtilat": Apa sempadannya? Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam.Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat "pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi" tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama. Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas menghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik...

14 Jun 2009

Tahniah Remaja KRIMSAK!!

6 - 9 Jun 2009Hutan Lipur Ulu Bendul, NS Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t yang telah mengizinkan berlangsungnya Jambori Remaja Muslim Nasional 2009 di Hutan Lipur Ulu Bendul, NS. Dengan bertemakan "Muda untuk Berjasa" yang amat bertepatan dengan peranan remaja sebagai pewaris pimpinan dan dakwah di masa hadapan.Jambori ini telah disertai oleh 285 orang peserta dan 20 fasilitator dan urusetia dari seluruh pelusuk negara dan juga Pengarah KRIM Pusat, Mejar Nazri sebagai Kem Komandan.Para peserta telah dibahagikan kepada 12 kumpulan yang bertemakan nama para sahabat yang sepatutnya menjadi qudwah dan ikutan remaja...

Ustaz Fathi Yakan Meninggal Dunia

Ustaz Fathi YakanKetua جبهة العمل الاسلامي, mantan ahli parlimen Lubnan Dr Fathi Yakan meninggal pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya. Dr Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang yang paling penting bagi gerakan Islam di dunia Islam, seorang pengasas gerakan Islam di Lubnan sekitar 50an. Beliau memiliki kerjasama penting untuk memperkuatkan ideologi Islam dari gerakan Islam di dunia Arab. Beliau melahirkan sejumlah karya, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” dan “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan...

02 Jun 2009

Belia Remaja Berwawasan Penggerak Kejayaan

Mereka belia harapan ummah“Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan”, begitulah tema Hari Belia tahun ini. Belia seperti yang ditakrifkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ialah golongan yang berusia antara 15 hingga 40 tahun. Definisi ini selaras dengan dengan takrif yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Di dalam Islam, belia ditakrifkan ketika mencapai umur baligh. Al-Quran mengungkapkan belia sebagai ‘fityah’ merujuk generasi al-Kahfi. Manakala di dalam hadis disebut sebagai ‘syabbun’ atau ‘syabab’ yang diinterpretasikan sebagai pemuda.Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia hingga akhir tahun 2008, didapati jumlah belia...

Pages 341234 »

 
Powered by Blogger