19 Julai 2009

Berjuang di Bumi Kenyalang

Salam perjuangan dan tahniah diucapkan kepada saudara kita Muhammad Yusof bin Azhar yang telah menaiki penerbangan ke Miri, Sarawak pada 17 Julai 2009 bagi menyambung pelajarannya di Curtin University of Technology, Sarawak.Bersama ikhwah di saat terakhirBeliau merupakan ikhwah yang telah banyak menyumbang dalam menjayakan aktiviti-aktiviti KRIM dan juga kerja-kerja pentarbiyahan ummah. Kami doakan agar ikhwah terus tabah dan maju meneruskan perjuangan di Bumi Kenyalang.الموءمن كالغيث اين وقع نفع"Seorang Mukmin ibarat hujan, di mana ia berada bermanfaat"Ilal liqa' ya ak...

Menghayati Isra' Mi'raj dengan Qiamullail

Jumaat, 17 Julai - KRIM Shah Alam Klang telah mengadakan mabit di Masjid Al-Azhariah, Seksyen 18 dan bersama-sama penduduk setempat membuat qiamullail. Program ini telah disertai lebih 35-40 orang dan turut disertai penduduk sekitar termasuk juga pihak perempuan.Program dimulakan dengan kuliah Isra' Mi'raj yang bermula selepas solat Maghrib anjuran ISMA Shah Alam Klang. Selepas solat Isya' dan menikmati juadah disediakan pihak masjid, para peserta telah dikumpulkan dan mendengar sedikit pengisian dari Akh Asyraf. Usai pengisian para peserta duduk dalam kumpulan kecil dan bersama-sama membuat tilawah dan tadabbur sebelum melabuhkan tirai...

17 Julai 2009

MABIT- Malam Bina Iman dan Taqwa

MABIT - Malam Bina Iman dan Taqwa merupakan antara aktiviti Kelab Remaja ISMA dan Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) bertujuan untuk melahirkan pemuda-pemudi bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan pembelajaran malah cemerlang juga dari segi sahsiah dan keterikatan hubungan seseorang dengan Tuhan.Justeru, Kelab Remaja ISMA cawangan Shah Alam menyeru para pemuda untuk bersama-sama memeriahkan lagi program ini. Tiada rugi hanya manfaat. Butirannya seperti berikut:- Tempat : Masjid Al-Azhariah, Seksyen 18, Shah AlamMasa : 17 Julai 2009 Jumaat (Qiamulail)Semua pemuda/remaja juga dijemput menghadiri riadhah bola di padang surau taqwa Seksyen 7, Shah Alam.Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:-Akh Hardi - 0192039390Akh Fairul - 0136616...

16 Julai 2009

Pemuda Hari Ini Pemimpin Hari Esok

Perlunya Kepada Kelahiran 'Pemuda'“Pemuda Tiang Negara, Pemudi Harapan Bangsa”, istilah yang sudah sinonim dan menjadi klise di dalam masyarakat kita. Tidak dinafikan sepanjang babak sejarah kebangunan dan kebangkitan sesuatu bangsa ia dimulai dengan hamasah as-syabab (semangat kepemudaan).Dalam sejarah bangsa, pemuda sentiasa mengambil peranan sebagai agen perubah. Pada era penjajahan, generasi muda dari pelbagai daerah di Nusantara telah menyemai bibit persatuan dan kesatuan dalam bingkai “Sumpah Pemuda” (1928 – Indonesia). Para pemuda tampil sebagai generasi pembebas dan menolak penjajahan pada era kemerdekaan.Nama-nama seperti...

Pages 341234 »

 
Powered by Blogger