
Mengapa kita gagal untuk bersatu atas satu akidah walaupun berbeza pendapat ?Kenapa hari ini kita menjadi terumbang-ambing tanpa risalah dan tanpa haluan?Mengapa kita terus menjadi habuan kepada pemangsa sekitar kita walaupun kita tahu kita adalah umat terpilih dan dimuliakan Allah Taala?Menjelang ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 52 pada 31 Ogos 2009 dan kemelut politik yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini, adalah sangat penting kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memahami hakikat kepentingan kemerdekaan kepada negara, menjiwainya, mengembalikan kesetiaan bangsa dan mengimbau sejarah silam untuk dijadikan panduan...