“Bolehkah kamu berjaya dalam hidup jika tidak lulus SPM?” saya melontarkan soalan kepada peserta. Boleh tahan juga bilangannya yang mengangkat tangan untuk jawapan YA. “Maknanya ramailah yang merancang untuk gagal SPM ni ya? Senang kerja saya” saya membuat kesimpulan. Guru-guru pun ada yang kelihatan resah dengan idea yang saya sampaikan. Memberikan cadangan bahawa hidup boleh diteruskan dengan kejayaan tanpa kelulusan SPM? “Baiklah, bagi yang kata kita boleh berjaya dalam hidup walaupun gagal SPM, bolehkah kongsikan hujah anda?” saya menyambung provokasi. Seperti biasa, ramai yang tertunduk-tunduk, memandang dinding dan bumbung dewan,...