30 Disember 2009

Doa Ummi dan Abi Sumber Inspirasi Kejayaan

Menjaga hubungan dengan Allah Taala dan ibu bapa adalah sangat penting dalam memastikan kesinambungan kejayaan kita berpaksikan keredhaan Allah Taala. Pencapaian cemerlang Ahmad Fidak bin Mohd Rusdi mendapat 8 A 1B ketika keputusan PMR diumum Khamis lalu menjadikan beliau antara pelajar lelaki terbaik di kalangan ahli Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam & Klang yang lain. Menurut bapanya, Mohd Rusdi, Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pusat, keutamaan di dalam pendidikan ruhaniah dijadikan sebagai batu asas di dalam sistem pentarbiyyahan (latihan/ pendidikan) keluarga beliau. Dengan asas itu,...

25 Disember 2009

"Saya Kenal, Saya Faham, Saya Kuasai"

20-21 Disember 2009 - Bertemakan slogan "Saya Kenal, Saya Faham, Saya Kuasai" KRIM Shah Alam Klang telah berjaya mengadakan Kem Jati Diri 3 yang disertai oleh 32 orang peserta lelaki dan 56 peserta perempuan.Para peserta telah berkumpul di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah seawal jam 9.00 pagi sebelum bersama-sama menaiki bas menuju lokasi kem iaitu di Kem Mega Kristal, Kuala Selangor. Selepas selesai pendaftaran maka bermulalah pelbagai aktiviti menarik bagi membina jati diri para peserta.Kehadiran Cikgu Asmadi sebagai ketua fasilitator telah menggamatkan suasana sambil menghibur para peserta dengan pelbagai aktiviti...

20 Disember 2009

Kem Jati Diri Satu Kejayaan

Alhamdulillah, semasa artikel ini ditulis, peserta sedang menjamu makan tengah hari. Seramai 88 orang peserta menyertai kem anjuran KRIM Shah Alam Klang tahun ini. Dengan 32 orang peserta lelaki dan 56 orang peserta perempuan, menggamatkan suasana program pada kali ini.Tidak dinafikan tanpa aktiviti air@sungai, program mungkin akan kurang ceria. Namun kehadiran koordinator yang kreatif dan inovatif, satu gaya aktiviti baru dipersembahkan oleh Cikgu Asmadi (penggerak KRIM Shah Alam Klang ).Satu video program juga berjaya disiapkan untuk tatapan umum. Nantikan laporan yang lebih lengkap..Salam dari kami, urusetia dan fasilitator diKEM MEGA...

13 Disember 2009

Muzakarah Penggerak KRIM 2009

5 Disember 2009 - Alhamdulillah, selesai satu program Muzakarah Pengerak KRIM 2009 untuk seluruh negara. Banyak info dan perkongsian ilmu diperolehi bagi memantapkan kerja2 dakwah terhadap remaja ni.Beberapa Pakar Motivasi telah membentangkan kertas kerja mereka bagi membantu KRIM kawasan dan negeri merancang program tahun depan bagi merealisasikan Projek GEREM 2010/2011.Antaranya Tn Hj Arif, akh Bukhari, Ust Rusdi Alias, Cikgu Ismail (Johor), Akh Helmi (N9) dan Ukh Rasyidah (DHL).Namun sebelum itu akh Aminuddin Yahya@Chief of da mission@Penasihat Projek GEREM telah membentangkan kertas kerja mengenai Projek GEREM...Kita mesti dan harus...

03 Disember 2009

Kenapa Dibiarkan Merokok?

Oleh: Prof Madya Dr Zainurrashid Zainuddin http://imedik.wordpress.com Berapa billion USD dibelanjakan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk rokok?Berapa juta umat Islam yang mati tiba-tiba di serang penyakit jantung akibat rokok?Berapa juta umat Islam yang mati tersiksa dari kanser yang berpunca dari rokok?Berapa ramai di kalangan remaja dan pemuda Melayu Islam yang ketagihan dadah yang bermula dari rokok?Berapa ramai remaja yang digantung persekolahan disebabkan rokok?Berapa ramai imam-imam dan bilal yang nafasnya berbau disebabkan amalan merokok?Berapa juta di kalangan umat Islam yang gagal menunaikan fardhu haji kerana pendapatan...

Pages 341234 »

 
Powered by Blogger