30 Disember 2010

KRIM Shah Alam sertai JIRIM 2

Ulu Yam, 24 – 26 Disember 2010 - Bertemakan ‘Impact 2 Perfect’, seramai hampir 600 orang remaja dari seluruh negara telah menyertai dengan jayanya program Jambori Remaja Muslim Nasional kali ke-2 (JIRIM2) yang telah diadakan di Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor. Program ini yang merupakan anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Pusat telah diadakan selama tiga hari dua malam. Pihak KRIM Shah Alam Klang telah menghantar peserta seramai 70 orang dengan menaiki dua bas bersama 7 orang pengiring. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya War Game, Kembara Quran, Cergas JIRIM, Jungle Trekking, Water Games...

10 Disember 2010

X Race KRIM

Shah Alam, 7 Sep – Kelab Remaja ISMA ( KRIM ) Shah Alam & Klang telah berjaya mengadakan Explorace Hijrah di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam bagi remaja puteri berumur 12 hingga 17 tahun. Seramai 74 orang remaja puteri harapan ummah telah terlibat dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi dalam meniti kehidupan sebagai seorang remaja.Dengan objektif utama program ini iaitu menghidupkan kesan hijrah di dalam setiap individu, explorace dimulakan dengan tazkirah hijrah khas daripada Ukhti Ummi Kalthum. Para peserta juga dibekalkan sebuah hadith untuk dihafal, difahamkan serta diamalkan sepanjang explorace di dalam kumpulan.Program...

24 November 2010

Jambori Remaja Muslim Nasional... Ayuh sertai warga Shah Alam Klang!!

...

15 November 2010

Kem Pemantapan Sahsiah di SMK Seksyen 27 Shah Alam

SHAH ALAM, 10 NOVEMBER – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia ( KRIM ) cawangan Shah Alam Klang telah meneruskan langkah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 bagi menunaikan amanah oleh pihak sekolah untuk melakasanakan Kem Pemantapan Sahsiah 2010.Selari dengan usaha KRIM dalam merealisasikan agenda melahirkan remaja yang bermotivasi dan beriltizam seterusnya membina jatidiri remaja hebat, pemangku pengarah Kelab Remaja ISMA Shah Alam dan beberapa orang ahli jawatankuasa KRIM Shah Alam Klang telah turun bagi menjayakan program ini.Tepat pukul 8.30 pagi, program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Kaunselor Rozilah Binti...

03 November 2010

JAMBORI REMAJA MUSLIM NASIONAL 2

INGIN MENDAFTAR UNTUK MENYERTAI JIRIM2?Tahniah! keputusan adik-adik untuk menyertai kami merupakan langkah awal untuk adik-adik mendapatkan pengalaman dan ilmu yang tidak ternilai!BAGAIMANA INGIN MENDAFTAR?Adik-adik boleh 'bank in' atau 'online transfer' yuran pendahuluan sebanyak RM30 untuk mengesahkan penyertaan adik-adik ke akaun Maybank: 153029186371di atas nama: Izyan Hamizah bt. Md IzamanBakinya dibayar semasa hari pendaftaran.ATAUAdik-adik boleh terus membayar yuran penuh sebanyak RM100 ke akaun di atas.JANGAN LUPA!Simpan resit transaksi sebagai bukti pembayaran! Juga pastikan nombor rujukan transaksi turut disimpan untuk maklumat...

22 September 2010

Laman blog untuk puteri-puteri seluruh negara

Layari laman sesawang khas untuk remaja-remaja puteri di seluruh negara...... www.kelabremajaputri.blogspot.com...

07 September 2010

Rehlah Masyi Badar Kubro 1431H

SHAH ALAM 31 Ogos - Dalam meraikan Nuzul al-Quran pada17 Ramadhan yang lepas seramai 110 orang ahli ISMA dan juga KRIM cawangan Shah Alam & Klang sama-sama menjayakan program Rehlah Masyi Badar al-Kubro 2010 di Taman Tasik Shah Alam anjuran Biro Pembangunan Sumber Manusia Cawangan.Lebih banyak gambar di GALERI ISMA ...

05 September 2010

MAJLIS ANUGERAH PEMENANG CERPEN ISLAMI!

Masa yang ditunggu telah tiba...Setelah penantian yang penuh kesabaran…Penghakiman juri sekian lama...InsyaAllah, pada hari Sabtu jam 9.00 pagi, 28 Ogos 2010 akan diadakan Majlis Anugerah Pemenang Cerpen Islami buat para peserta cerpen Islami di Pentas Utama, Kompleks PKNS, Shah Alam. Majlis ini diadakan sempena memberi penghargaan kepada para pemenang dan pengenalan lebih mendalam tentang Kelab Remaja ISMA. Majlis secara eksklusif ini akan dihidangkan dengan nasyid, tayangan video dan pameran KRIM. Ia juga dimeriahkan dengan pelancaran buku cerpen KRIM iaitu himpunan cerpen-cerpen pemenang pertandingan ini.JUMPA DI SANA!! Senarai...

13 Ogos 2010

Muhasabah Ramadhan

nasyid Aidilfitri BANYAK, nasyid Ramadhan SIKIT...bersedekah semasa Ramadhan TAK NAK, duit raya Aidilfitri NAK...solat fardhu TAK NAMPAK MASJID, solat sunat Raya GELAP-GELAP PUN JUMPER MASJID...baca al-quran 1 juzuk BERHARI-HARI, baca novel 1 buku 1 MALAM JER...puasa sebulan Ramadhan LARAT, puasa 6 hari Syawal TAK LARAT...sedekah RM50 BERKIRA-KIRA, baju raya RM50 TAK PAYAH KIRA, bayar terus jer...bangun 5 pagi semasa Ramadhan SENANG, bangun 6 pagi solat subuh selain Ramadhan LIAT...tudung Ramadhan LABUH (bertelekung sentiasa pun ada), tudung Raya SINGKAT YANG AMAT...pagi Raya MINTAK AMPUN dengan mak ayah, habis Raya MELAWAN TAK SUDAH...

21 Julai 2010

Beginilah jika remaja merokok!!

...

19 Julai 2010

Kem Kasih Gemilang (E-Kasih)

Alhamdulillah pada 10 Julai 2010 yang lalu, KRIM SAK telah berjaya melaksanakan satu program khas untuk remaja tingkatan 1 hingga 5 yang merangkumi peserta seramai 110 orang. Program bertempat di SMK Telok Gadong, Klang adalah hasil usaha bersama Unit Kaunseling, SMK Telok Gadong dan Pusat Zakat Selangor. Program yang bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang dengna melibatkan 2 orang penceramah berbakat KRIM SAK dan 6 orang fasilitator remaja. Slot pertama dijayakan oleh Cikgu Asmadi abu Samad dengan tajuk "Mengenali Potensi Diri"dan slot kedua oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fathan Hussin dengan tajuk pengisiannya "Mengenali Hakikat kehidupan". Pengisian mereka ini berjaya mencungkil potensi diri dan mengenali pencipta mereka hingga menitiskan air mata keinsafan....

18 Julai 2010

Slot Ceramah di SMK Seksyen 18

Alhmadulillah, pada hari Jumaat lepas bersamaan 16 Julai 2010, KRIM SAK berjaya melakar satu kejayaan baru apabila berjaya menembusi sebuah lagi sekolah di Shah Alam, iaitu SMK Seksyen 18, dengan slot ceramah motivasinya kepada lebih 300 orang pelajar. Walaupun slot ceramah motivasi ini hanya melibatkan pelajar-pelajar asrama dari tingkatan 1 hingga 5, namun peluang yang diberikan ini oleh pihak sekolah dipergunakan sebaiknya untuk membantu dan membimbing para remaja di sekolah ini. Slot ceramah motivasi telah diisi oleh Ustaz Rizal Sabran yang juga merupakan Setiausaha KRIM SAK selama hampir 2 jam dan diakhiri program ini dengan alunan...

02 Julai 2010

Program Motivasi di SMK Seksyen 27 berjaya!!

Shah Alam (23 Jun 2010) : Alhamdulillah, dengan izin Allah, Sebuah program motivasi pelajar telah berjaya diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 Shah Alam yang dikendalikan oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam/Klang. Antara objektif program ini ialah 1) Membantu pelajar membuat persediaan dari segala aspek agar dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan bersedia dari aspek mental dan fizikal. 2) Membantu pelajar menguruskan rutin harian agar tersusun dan pelajar dapat melakukannya dengan sistematik. 3)Membantu pelajar menangani tekanan yang akan dihadapi semasa menjelangnya peperiksaan....

17 Jun 2010

JJR2 meriahkan Taman Tasik Shah Alam!

Pada hari Rabu bersamaan tarikh 16 Jun 2010, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam Klang telah mengadakan sebuah program bagi remaja berumur lingkungan umur 11 tahun – 14 tahun. Program ini terbuka hanya kepada remaja lelaki. Seramai 16 orang peserta dan dipimpin oleh 8 orang fasi serta 3 orang ahli jawatankuasa. Syukur ke hadrat Ilahi kerana membenarkan program ini berjalan dengan baik.Aktiviti utama program ini adalah aktiviti Islamic Explorace. Lokasi bagi aktiviti exploce tersebut ialah seluruh kawasan Taman Tasik Shah Alam. Objektif utama program ini ialah bagi memberi keyakinan dan mengenal potensi diri masing-masing. Selepas pendaftaran,...

14 Jun 2010

JJR2 : Jalan-Jalan Remaja 2!!

...

08 Jun 2010

Anda Sedang Bercouple?

Sumber : www.iLuvislam.com Kami tidak berzina ! Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina. Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu. Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita...

05 Jun 2010

Sejarah yang semakin dilupakan...29 Mei 1453M....

Artikel oleh : Mohd Azmir b Mohd Razli(dari blog www.ismashahalam.net) Seorang sejarawan Austria, Fun Hamer berkata: “Kota Konstantinopel telah dikepung sebanyak 29 kali semenjak ia didirikan.” Orang Islam yang pertama mengepung kota berkenaan ialah Muawiyah bin Abu Sufian pada zaman khalifah Uthman bin Affan yakni pada tahun 654 Masihi bersamaan dengan 34 Hijriyyah. Manakala seorang sejarawan Perancis, Baron Karadfoo berkata bahawasanya pembukaan Kota Konstantinopel bukanlah berlaku secara kebetulan ataupun kerana kerajaan Byzantium berada dalam keadaan lemah, tetapi kerana Sultan Muhammad II telah menggunakan segala kekuatan ilmu yang...

20 Mei 2010

"Remaja Muslim Generasi Idaman" Sertai Sekarang!!

...

23 April 2010

Sajak "Pemuda Islam"

Wahai pemuda Ayuh marilahBersama-samaTegakkan daulahAgar seluruh duniaDibawah panji IslamWahai ibundaHulurkan doaAgar puteramuTeguh sentiasaAgar kami berjayaAtau gugur syuhadaWahai pemudaIslam semuaPersiapkan dirimuDengan ilmu, iman, dan juga amalUkhuwwah dan kekuatanWahai pemuda Islam semuaSedarlah tugas dirimuTegakkan daulah Islam dalam jiwaKan tertegak di watanmu(diadaptasi dari nasyid la...

Slot motivasi di SMK(P) KAPAR, Klang

Pada 17 April 2010 (SAbtu), terlerai sudah satu pertemuan slot ceramah dan aktiviti di SMK(P) KAPAR, Klang. Slot selama 2 jam yang diamanahkan untuk KRIM SAK berjaya dilaksanakan oleh penggerak2 KRIM SAK yang melibatkan seramai hampir 400 orang pelajar perempuan tingkatan 3 dan 5. Progtram dibuat di dalam dewan yang padat, beserta sistem audio yang agak baik, tetapi sistem visual pula kurang 'çantik' namun segalnya bukan halangan bagi kami dan berjaya disempurnakan dengan baik. Tajuk ceramah motivasi, Selamat Tinggal Jahiliyah disampaikan oleh Cikgu Hardi...di selang selikan dengan video klip lagu dan informasi...nyata berjaya...

14 April 2010

Apabila manusia menjadi bukan manusia

Terbujur layu sekujur tubuh kecil di atas rimbunan sampah. Tiada kata, tiada berdenyut lagi. Sampainya hati 'mereka' yang bergelar manusia berbuat demikian. Kerasnya hati dan dangkalnya akal 'mereka' ini hingga tergamak memperlakukan sekujur tubuh halus ini sebegini. Sanggupkah kita membiarkan 'mereka' terus-menerus memperlakukan sedemikian.Menangis hati kecil ini bila mana kita tidak mampu nak buat apa. Siapa yang bersalah? 'Mereka'? Ibu bapa 'mereka'? Guru-guru 'mereka'? Jiran 'mereka'? Masayarakat? atau kita sendiri sebagai para daie?Apa peranan kita semua? Ya itu satu persoalan mudah untuk dijawab dengan dua perkataan! BUAT KERJA!!...

15 Mac 2010

Rebutlah peluang ini!! Lepasan SPM

Assalamu’alaikum wbth…Ke hadapan adik-adik yang dikasihi sekalian,Keputusan SPM 2009 baru sahaja diumumkan pada minggu lepas. Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya dengan cemerlang. Berikut diberikan beberapa link yang mungkin bermanfaat bagi merancang masa depan pendidikan dan kerjaya adik-adik. Semoga bermanfaat. Cepat-cepat!PENAJAAN JPA DAN MARA BAGI TAHUN 2010UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009 (SILA KLIK DI SINI DAN DI SINI)Japanese Government Scholarship for Undergraduate and Postgraduate Studies for MALAYSIANS open for application from 1-31 MARCH 2010.http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/scholarship/scholarship.htmMARA & JPA Scholarship Programshttp://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/piln/doc/syarat/syaratPILN_JPA_MARA_2010.pdfYayasan Proton Scholarshiphttp://www.malaysia-scholarship.com/yproton.htmlPTPTN...

10 Mac 2010

Cerpen Remaja : Bonda

“ Hari yang dilalui kini, tak seindah semalam, bintang yang bersinar sudah tiada lagi…mentari yang memancar kini semakin suram bayangan wajahmu kini tiada lagi…”Demikianlah lirik lagu Bonda nyanyian kumplan Wildan mengalun menyapa lembut kedinginan malam itu melalui corong Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (ikim.fm). Aku tidak dapat melelapkan mata. Entah mengapa sunyi bertandang di kala kegelapan malam yang semakin menghimpit. Aku menghayati senikata lagu itu hingga tak sedar ada air jernih, laju, menghujani pipiku ini. Terasa sayu dan sedih menggamit di hati. “ Kini bonda tiada lagi,Apa yang ada hanyalah secebis kenangan,Di...

Pages 341234 »

 
Powered by Blogger