29 Mei 2011

KJD4 mendidik remaja menjadi hebat dengan hidup bersyariat

Hulu Langat, 28 Mei - Cara hidup bersyariat bukanlah konservatif. Itulah kata-kata yang sesuai dalam mencerminkan program baru-baru ini. Pada tarikh 28 Mei 2011, telah berlangsung perkhemahan yang dinamakan Kem Jati Diri 4 bertempat di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Kem anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam ini telah berjaya mengumpulkan hampir seramai 58 orang peserta yang berumur antara 13 hingga 17 tahun.Objektif utama KJD 4 ialah untuk memartabatkan jati diri seorang muslim dalam individu remaja selari dengan tema “Remaja Hebat, Hidup Bersyariat”. Walaupun seorang remaja itu memegang nama muslim dalam dirinya, itu bukanlah...

25 Mei 2011

Bersedia, KEM JATI DIRI 4!!

Debaran semakin hampir, KEM JATI DIRI 4 tinggal beberapa hari sahaja lagi!Di sini disenaraikan barang-barang keperluan yang perlu dibawa oleh peserta :1. Al-quran2. Peralatan mandi3. Pakaian sukan + kasut sukan4. Pakaian 2 hari5. Ubatan6. TIDAK digalakkan bawa hp7. Stokin panjangJuga dilampirkan peta kem Nur Lembah PangsunJUMPA DI SAN...

21 Mei 2011

Buat adik Nuruddin Al-Zinki

Tanggal 7 Mei 2011 yang lalu, genaplah setahun umur Nuruddin Al-Zinki. Sejak kelahirannya Allah telah memberi pelbagai dugaan dan cabaran kepada si kecil ini dan keluarga.Anak kecil yang merupakan cahaya mata kepada Cikgu Hardi, Pengarah KRIM Shah Alam ini telah setahun menanggung pelbagai penyakit dan kerap kali dimasukkan ke dalam wad... dan hingga kini beliau masih berada di dalam wad dalam keadaan tidak stabil...20 Mei 2011 - Awal pagi Nuruddin Al Zinki kembali tidak stabil. Sebelum tengahari darah terpaksa ditambah bagi membantu paras hemoglobin dalam darah pada bacaan 10 ke atas (sedangkan pada waktu itu bacaan hanya pada paras 8). Alhamdulillah...

05 Mei 2011

Budaya Barat serang sekolah-sekolah Malaysia

Sumber : Ustaz Halim [www.inijalanku.wp.com]Melalui Mickey Mouse, Astro dan berbagai saluran, institusi dan tokoh, Barat dan kuncu-kuncunya menyerang keperibadian dan jatidiri kanak-kanak dan remaja Islam di sekolah-sekolah mereka. Disamping Budaya Barat menyerang golongan belia dan dewasa di Malaysia melalui penyebaran isu-isu lucah sejak akhir-akhir ini, golongan kanak-kanak dan remaja pula diserang melalui penganjuran tarian rock, pengadilnya celebriti dari Barat. Tarikh tutup pendaftaran “My School Rocks” pada 20 Mei 2011 ini adalah menggunakan promosi ala-Mickey Mouse yang mendapat tempat dalam minda ramai kanak-kanak sedunia....

Pages 341234 »

 
Powered by Blogger