Para pelajar SAMTTAJ yang penuh semangatShah Alam, 18 JUN - Pihak Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam sekali lagi bersama para remaja di Shah Alam untuk membina motivasi, iltizam dan jatidiri. Bertempat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), seramai 130 orang peserta dari pelajar tingkatan 1 sekolah ini telah bersama dalam program Kembara Ilmu SAMTTAJ 2011.Dengan lagu 'Menuju Wawasan' sebagai tema, program ini bertujuan untuk para pelajar terus bermotivasi dalam mengejar kecemerlangan di samping membina sahsiah diri yang mantap. Bermula pada hari Sabtu, 17 Jun, pebagai aktiviti telah dijalankan. Dimulakan dengan sesi...