http://maalimfitariq.wordpress.com/
Shah Alam, 18 JUN - Pihak Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam sekali lagi bersama para remaja di Shah Alam untuk membina motivasi, iltizam dan jatidiri. Bertempat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), seramai 130 orang peserta dari pelajar tingkatan 1 sekolah ini telah bersama dalam program Kembara Ilmu SAMTTAJ 2011.
Tanggal 2 Jun yang lepas menyaksikan detik yang bersejarah bagi anak muda ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Alhamdulillah cuti sekolah yang lalu pihak KRIM Shah Alam telah berjaya mengadakan siri Futsal Reunion di Sports Planet Shah Alam. Tujuan utamanya adalah untuk merapatkan lagi ikatan antara ahli-ahli KRIM dan remaja-remaja sekitar Shah Alam.
Jom sertai Program Mengingati Peristiwa Isra' dan Mi'raj "Selamatkan Aqsa Bebaskan Palestin" di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, Shah Alam pada 19 Jun 2011 (Ahad). Pelbagai aktiviti indoor dan outdoor menarik disediakan serta Forum Khas selepas Maghrib. Semua remaja dijemput hadir!!
Hulu Langat, 28 Mei - Cara hidup bersyariat bukanlah konservatif. Itulah kata-kata yang sesuai dalam mencerminkan program baru-baru ini. Pada tarikh 28 Mei 2011, telah berlangsung perkhemahan yang dinamakan Kem Jati Diri 4 bertempat di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Kem anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam ini telah berjaya mengumpulkan hampir seramai 58 orang peserta yang berumur antara 13 hingga 17 tahun.
Pergaulan antara lelaki dan wanita "ikhtilat": Apa sempadannya? Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam.
Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat "pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi" tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama. Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas menghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu. Sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud: "Dan tetaplah kamu di rumah-rumah kamu."
Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian.
Kedua: Harus kerana keperluan (hajat)
1. Ucapan yang makruf dan sopan. Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.
6. Serius dalam ucapan. Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan.Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.
7. Menjaga pergerakan. Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan. Daripada pembentangan di atas ternyata bahawa rnenjadi pengacara majlis, peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah di tetapkan oteh ulama lslam. Wallahua'lam.
Pertandingan memasak
Dr Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang yang paling penting bagi gerakan Islam di dunia Islam, seorang pengasas gerakan Islam di Lubnan sekitar 50an. Beliau memiliki kerjasama penting untuk memperkuatkan ideologi Islam dari gerakan Islam di dunia Arab.
Beliau melahirkan sejumlah karya, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” dan “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan banyak dalam bahasa asing lainnya.
Beliau menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta Muktamar Islam Antarabangsa.
Peranan beliau di Libanon, sebagai seorang yang patriotik dan menyatukan untuk menghindari perselisihan di antara rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan mejoriti dan minoriti.
Semoga Allah merahmati roh dan menerima amalnya yang telah memberi sumbangan besar dalam dakwah di era baru ini. Al-Fatihah.
Sultan Muhammad Al-Fateh yang membuka Konstantinopel pada umur 20an
Hassan Al Banna pada umur 22 tahun telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin yang kini menjadi satu role model kepada gerakan-gerakan Islam seluruh dunia
"Perempuan sahaja yang layak untuk menyertai" TEMPAT : TADIKA TUNAS RIA BESTARI, SUNGAI UDANG, KLANG, SELANGOR
Tema : "GENERASI AL-QURAN YANG UNGGUL"
Yuran Cuma RM 35 SAHAJA
(Bagi peserta dari Shah Alam, tambahan yuran RM 15 untuk pengangkutan)
HUBUNGI :
Ustazah Soleha (Shah Alam) - 013 369 8166
Ustazah Zaleha (Klang) - 016 674 9240

Sumber: http://ismamesir.com

Melahirkan generasi remaja yang mempunyai nilai motivasi, iltizam dan jatidiri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan yang syumul
:: Hubungi Kami ::
Shah Alam
Muallim Fairul : 013-6616676
Ustaz Fahmi : 013-321 4921
Kak Munirah : 013-2296808
Facebook : KRIMSHAHALAM