
Shah Alam, 18 JUN - Pihak Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam sekali lagi bersama para remaja di Shah Alam untuk membina motivasi, iltizam dan jatidiri. Bertempat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), seramai 130 orang peserta dari pelajar tingkatan 1 sekolah ini telah bersama dalam program Kembara Ilmu SAMTTAJ 2011.
Tanggal 2 Jun yang lepas menyaksikan detik yang bersejarah bagi anak muda ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Alhamdulillah cuti sekolah yang lalu pihak KRIM Shah Alam telah berjaya mengadakan siri Futsal Reunion di Sports Planet Shah Alam. Tujuan utamanya adalah untuk merapatkan lagi ikatan antara ahli-ahli KRIM dan remaja-remaja sekitar Shah Alam.
Jom sertai Program Mengingati Peristiwa Isra' dan Mi'raj "Selamatkan Aqsa Bebaskan Palestin" di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, Shah Alam pada 19 Jun 2011 (Ahad). Pelbagai aktiviti indoor dan outdoor menarik disediakan serta Forum Khas selepas Maghrib. Semua remaja dijemput hadir!!
Hulu Langat, 28 Mei - Cara hidup bersyariat bukanlah konservatif. Itulah kata-kata yang sesuai dalam mencerminkan program baru-baru ini. Pada tarikh 28 Mei 2011, telah berlangsung perkhemahan yang dinamakan Kem Jati Diri 4 bertempat di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Kem anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam ini telah berjaya mengumpulkan hampir seramai 58 orang peserta yang berumur antara 13 hingga 17 tahun.


Kadangkala, alam ini perlu dilihat dalam dua perspektif yang berbeza. Dua "world view" yang berlainan, agar kita mengerti apa sebenarnya ibrah dari setiap penciptaan Tuhan yang Maha Esa.
Dia merungkai tabir alam, agar kita bisa berzikir dan terus berzikir. Pabila hati ini berzikir, kita bisa mengingati Nya dan dengan mengingati Nya, kita bisa terus berfikir dan berfikir. Mungkinkah ada tirai yang perlu disingkap? Ada tabir yang perlu diselak ? Ada rahsia yang perlu dirungkai ?Jawapannya, tanyalah pada Al Quran.
Jika dulu kita lihat manusia saling bertelagah, saling bercangah saling bercakaran. Adakah mereka itu mengikuti apa yang diajar di dalam Al Quran? Satu manual lengkap yang penuh dengan makna kehidupan. Manual yang bukan sahaja menjadi pengatur tetapi juga wadah bagi manusia mencari solusi makna kehidupan .
Manusia juga seharusnya sedar, Al Quran ialah kalamullah yang bukan sahaja perlu dibaca, difahami , tetapi juga perlu dihayati maknanya.. Ingatlah duhai manusia, kamu adalah apa yang kamu baca, dan kamu juga, adalah apa yang kamu fikir.
Kita Adalah apa yang kita Baca....
'Iqra' bacalah
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan mu yang menciptakan" (Al-'Alaq: 1)
Bacalah ! Lihatlah tertib yang sangat indah ini. Semuanya bermula dengan kalimah bacalah ! Dengan bertitik tolakkan bacalah, seseorang akan dibawa melalui proses mengenal , mencintai dan mematuhi Allah.
Namun harus diingat, kalimah "Bacalah" dalam surah al-'Alaq ini diikuti oleh kalimah " Dengan nama Tuhanmu yang menjadikan ", ertinya dorongan membaca yang diminta oleh Allah itu perlu disertai dengan nama- Nya barulah bacaan itu selamat dan menyelamatkan.
Allah tidak hanya mendorong aktiviti membaca tetapi Dia juga mengatur bagaimana aktiviti ini hendak dilaksanakan . Apakah bahan bacaan yang sesuai? Apa yang dibolehkan malah diwajibkan untuk dibaca ? Semuanya telah disusun atur ? Indah bukan ?
Tetapi, seperti mana yang kita ketahui dan juga disebutkan didalam beberapa buku yang saya baca...Orang Melayu Islam, gemar membaca Majalah Picisan? Betul ke ?
Statistik menunjukkan, majalah-majalah picisan berbentuk hiburan se "wajib" nya menjuarai carta jualan majalah setiap bulan. Masyarakat masa kini, terutamanya golongan remaja gemarkan majalah yang memaparkan kehidupan para artis, kisah-kisah seks, mistik, politik kosong, hiburan luar negara, komik dan sebagainya.
Anehnya, majalah-majalah berbentuk agama, seakan tidak mendapat tempat di hati remaja. Di manakah silapnya?
Bahan bacaan bagaikan makanan kepada akal, santapan kepada jiwa dan pengisi bagi rohani. Jika baik bacaan itu, baiklah akhlak mereka dan jika sebaliknya... sesuatu perlu dilakukan..
Adakah sahabat-sahabat sekalian bersetuju jika saya katakan, tarbiyah itu boleh dikatakan sedikit sebanyak bermula dari pembacaan.
Disebutkkan juga dalam sebuah buku, jika tidak silap saya, "Cinta di rumah Hassan Al- Banna" bagaimana ketika Hassan Al- Banna melihat anak-anaknya khusyuk membaca komik ? Beliau bukan sahaja tidak memarahi anak-anaknya, tetapi dalam tidak sedar, dia membelikan anak-anaknya cerita kisah-kisah Nabi s.a.w dan para sahabat.
Anak-anaknya kemudian tertarik lalu meninggalkan sama sekali komik yang menjadi kegemaran mereka.Di situ kita dapat lihat, bunga tarbiyah sedang mekar mewangi dalam hati anak-anak kecil itu.
Buku Agama boring la.
Boring ke buku agama? Mungkin benar bagi sesetengah pihak..Tetapi dengan perkembangan arus semasa, buku agama atau majalah agama semakin menarik dari hari ke hari. Seperti contoh majalah "Solusi" dan "Gen-Q".
Majalah bercorak keagamaan kini dipenuhi dengan info-info yang padat serta penuh warna warni ditambah dengan corak yang ilustratif. Di sini kita dapat lihat, bagaimana penulis dan "designer" ini berkolaborasi bersama dalam berdakwah.. Lalu terhasillah satu effect yang luar biasa.


Melahirkan generasi remaja yang mempunyai nilai motivasi, iltizam dan jatidiri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan yang syumul
:: Hubungi Kami ::
Shah Alam
Muallim Fairul : 013-6616676
Ustaz Fahmi : 013-321 4921
Kak Munirah : 013-2296808
Facebook : KRIMSHAHALAM