Salam.
Saya mempunyai satu kemusykilan. Jika mempercayai horoskop adalah dilarang, bagaimana pula dengan karakter seseorang individu yang diulas berdasarkan tarikh lahirnya atau bulan kelahirannya (berpandukan kalendar masihi dan/atau hijri)?
Berdasarkan pemahaman saya, horoskop adalah ramalan yg dibuat on daily/monthly basis. Mungkin di sinilah titik perbezaan antara horoskop dan ulasan karakter yang saya nyatakan seperti di atas (kerana ulasan mengikut bulan kelahiran tidak berubah-ubah).
Saya berminat untuk mengutarakan persoalan ini kerana semasa di sekolah dahulu, badan agama ada menerbitkan majalah yang mana antara isi kandungannya adalah ulasan karakter mengikut bulan kelahiran (masihi).
Akhir-akhir ini pula, saya bertemu kes di mana terdapat individu yang menghukum /mengiyakan...