“ Ni’ma tolong beg duit kita hilang….,”
kata Sakinah setelah menyedari beg
duitnya hilang.
“ Last Kinah guna kat mana?” Tanya Ni’ma
“ Seingat kita
kat café”
“ ha…mesti
tercicir atau tertinggal kat café”
“ Kita dah tanya
pada penjual di café katanya tak jumpa. Hari ni dah hari Jumaat,
petang ni sampai pagi Ahad ada Program Bina Iman. Emm… tak pelah hari Isnin kita pi balai polis
buat report, ” kata Sakinah tenang.
Tiada langsung riak risau di
wajahnya, kerana dia tahu dalam dompetnya hanya ada RM 30, kad pengenalan
dan kad ATM yang mana paswordnya tiada kena mengena dengan
tarikh lahirnya. Dan yang paling penting, dia tahu Allah S.W.T pasti akan
membantunya.
############
Usai Program Bina Iman, pagi itu seperti biasa Sakinah membaca
Al-mathurah Kubra. Sudah menjadi kebiasaanya sejak awal semester lagi. Tugasnya
sebagai dai´ dan dalam masa yang sama sebagai pelajar dalam kursus yang paling
susah untuk lulus di sekolahnya, menjadikan tawakalnya dan keinginan untuk
kebersamaan yang kuat kepada Allah S.W.T.
Salah satu zikir yang paling
diminati dan sangat dihayati oleh Sakinah adalah zikir surah At-Taubah ayat
129:
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku),
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri,
dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
“ Wahai cik
moderator program, bila la nak start
postmoterm?” Tanya Suhaily selepas tamatnya program. Sebagai Mas’uliah
akhwat Sabah, sudah menjadi tanggung jawabnya, untuk memastikan segalanya
berjalan lancar. Sebelum, semasa dan
selepas program.
“ Emm… dalam kul
10 am ok?” Tanya Sakinah semula.
“Ok!!” Balas
Suhaily.
Ring…ring… telefon Sakinah
berbunyi. “ Hello selamat pagi…ini Sakinah bt Rahmat ka?” Tanya orang dalam
talian. Suara seorang wanita. Loghat Sabahnya pekat.
“ Ya, saya
bercakap.”
“Saya Claudia
daripada DBKK (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) bahagian Landscape. Begini bah…saya da jumpa dompet kau dalam timbunan
sampah.”
“ha ia ka…
Alhamdulillah” balas Sakinah dalam loghat Sabah.
“Mau berjumpa di
mana kita…?”
############
Akhirnya,
Sakinah jumpa semula dompetnya. Benarlah kata-kata Allah “Jika kamu menolong (agama)
Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad;
ayat 7)
0 komentar:
Catat Ulasan