15 Julai 2012

Pesanan buat daie muda...oleh as-syahid Imam Hassan Al-Banna


Untuk diriku ini dan istimewa para daie muda….
Hayatilah dengan mata hati pesanan al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna ini…..

“Wahai pemuda, seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala TENAGA dan USAHA kamu untuk ‘aqidah yang kamu yakin ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat. Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah dibuktikan kapada generasi Islam yang pertama dahulu. Setiap orang yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan da’wah ini akan mendapati sesuatu yang mengisi hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapat sesuatu yang mengisi segala daya dan tenaga yang ada padanya. Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih sikap yang serba salah dan tidak jelas terumbang ambing di antara seruan-seruan kefahaman yang mengecewakan dan menyesatkan, maka sesungguhnya angkatan Islam dan tentera-tentera Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira bilangan sama ada sedikit atau ramai”.

Para daie muda yang dirahmati Allah,

                Pengetahuan serta pengalaman mengenai rintangan dan perit pahit perjalanan da’wah ini dapat membantu dan membuat persediaan dan bekalan secukupnya, bersabar dan menyerahkan segala jiwa raganya untuk da’wah. Berlainan dengan orang yang menyangka bahawa jalan tersebut singkat dan dekat, perasaaan resah dan bingung akan mangambil alih di hatinya apabila masa dalam perjalanan itu panjang dan belum sampai ke matlamatnya. Sebaliknya bagi orang yang berpengetahuan bahawa jalan itu jauh, ada rintangan dan menakutkan, ia tidak akan gentar dalam menghadapi perjalanan tersebut malah merasa tenang kerana semuanya itu merupakan tanda dan alamat bahawa ia berada dalam perjalanan yang selamat di atas jalan yang betul berpandukan petunjuk-petunjuk jalan.

“Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Ali-‘Imran : Ayat 126)

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau . Dan jika kamu beriman seta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak meminta harta-hartamu.”
(Surah Muhammad: Ayat 36)

0 komentar:

Catat Ulasan

 
Powered by Blogger