Program Kembara Ilmu SAMTTAJ bangkitkan motivasi pelajar
Shah Alam, 18 JUN - Pihak Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam sekali lagi bersama para remaja di Shah Alam untuk membina motivasi, iltizam dan jatidiri. Bertempat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), seramai 130 orang peserta dari pelajar tingkatan 1 sekolah ini telah bersama dalam program Kembara Ilmu SAMTTAJ 2011.
Sejenak bersama pelajar terbaik STAM 2010 – Umar Farouq
Tanggal 2 Jun yang lepas menyaksikan detik yang bersejarah bagi anak muda ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Siri Futsal Reunion mengisi cuti remaja
Alhamdulillah cuti sekolah yang lalu pihak KRIM Shah Alam telah berjaya mengadakan siri Futsal Reunion di Sports Planet Shah Alam. Tujuan utamanya adalah untuk merapatkan lagi ikatan antara ahli-ahli KRIM dan remaja-remaja sekitar Shah Alam.
Hebahan Program Isra Miraj
Jom sertai Program Mengingati Peristiwa Isra' dan Mi'raj "Selamatkan Aqsa Bebaskan Palestin" di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, Shah Alam pada 19 Jun 2011 (Ahad). Pelbagai aktiviti indoor dan outdoor menarik disediakan serta Forum Khas selepas Maghrib. Semua remaja dijemput hadir!!
KJD4 mendidik remaja menjadi hebat dengan hidup bersyariat
Hulu Langat, 28 Mei - Cara hidup bersyariat bukanlah konservatif. Itulah kata-kata yang sesuai dalam mencerminkan program baru-baru ini. Pada tarikh 28 Mei 2011, telah berlangsung perkhemahan yang dinamakan Kem Jati Diri 4 bertempat di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Kem anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam ini telah berjaya mengumpulkan hampir seramai 58 orang peserta yang berumur antara 13 hingga 17 tahun.
20 Oktober 2011
06 Oktober 2011
30 September 2011
Apabila Golongan Baik Dibinasakan
via Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir by ISMAMESIR on 9/29/11
Menyelusuri kehidupan sebagai seorang hamba Allah SWT sentiasa dihiasi dengan pelbagai cabaran yang berpanjangan. Arus kemajuan dan pembangunan yang semakin pesat seolah-olah mengaburi pandangan fitrah kemanusiaan yang suci.
Majukah kita apabila melihat stastistik kelahiran bayi luar nikah semakin meningkat?
Modenkah kita apabila lahirnya aliran pemikiran yang membawa masyarakat hanyut dengan ideologi yang menggila?
Fenomena keruntuhan tamadun yang merudum seiring kemajuan ilmiah dan kepesatan sesebuah negara adalah fenomena yang menjadi tanda tanya dan sering dipertikaikan. Kemunduran ini berlaku secara beransur-ansur sehingga boleh membawa kepada kemusnahan total yang mengejutkan dengan kekuatan yang luar biasa.
Golongan kuffar akan berasa sangsi dengan fenomena ini. Tetapi Muslim yang meletakkan Islam sebagai neraca pertimbangan mempunyai satu kata putus terhadap fenomena itu. Saidina Umar Al-Khattab meringkaskan segala tafsiran daripada Al-Quran dan sunnah apabila satu soalan dilontarkan kepadanya:
“Adakah sebuah negeri itu hampir musnah padahal ia makmur?”
Beliau lantas menjawab: “Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik.”
Dan inilah punca utama segala kemusnahan dan menularnya penyakit yang paling merbahaya ini. Terjadi apabila orang zalim atau orang fasiq berkuasa dan menjadi pemimpin, lantas melantik mereka yang sama-sama menjadi tawanan hawa nafu sepertinya untuk menguasai negara dan menguruskan beberapa urusan.
Kebisuan mereka yang layak
Kepentingan peribadi menyebabkan mereka semakin rakus meratah dan mendominasi arus modenisasi sesebuah negara dan lebih menyedihkan pihak-pihak yang mampu membuat kebaikan bersembunyi mencari perlindungan untuk melindungi kehormatan mereka daripada diceroboh dan diseksa.
Maha Suci Allah yang memberi penangguhan kepada umat Islam tatkala mereka dikuasai oleh orang jahat untuk memberi peluang kepada mereka melakukan proses pemulihan. Andai mereka yang baik terus membisu juga, maka murka Allah SWT akan meliputi seluruh mustawa (peringkat) umat. Sama ada mereka yang zalim dengan kekejaman mereka mahupun golongan baik yang berdiam diri dan redha dengan kehinaan.
Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia apabila mereka melihat kemungkaran sedangkan mereka tidak mengubahnya, hampirlah Allah meliputi mereka dengan azab daripada-Nya.”
Nyalakan pelita Islam dengan sumbu dakwah itu
Allah SWT yang Maha Penyayang sangat suka sekumpulan hambanya yang baik segera memulihkan keadaan dan menentang golongan yang jahat lalu memandu manusia ke jalan keamanan dan keredhaan. Malah, apabila kumpulan itu segera melakukan proses pemulihan itu, Allah menyuruh para malaikat untuk menolong mereka dan menganugerahkan berkat dan taufik daripada-Nya.
Firman Allah SWT dalam surah Al-A’raf ayat 165:
“Tatkala mereka melupakan apa-apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang-orang yang melarang kejahatan dan kami seksa orang-orang yang zalim dengan azab yang keras, disebabkan mereka fasiq.”
Kita yang mempunyai hati yang sedar dan hidup pasti mempunyai deria sensitiviti yang tinggi untuk berfikir dan menganalisa bahawa kegagalan, kemunduran yang menimpa kita di zaman ini hanyalah suatu permulaan dan amaran terhadap azab yang lebih keras di hadapannya.
Sedar mahupun tidak, perjuangan nafas panjang yang kita yakini, apabila bekalannya adalah tarbiyah yang sempurna dalam segenap aspek ditambah dengan semangat jihad di jalan Allah yang membara sebenarnya mampu menjadi kuasa pembakar menentang kezaliman.
Momentum tarbiyah dalam nadi individu Muslim inilah yang akhirnya melahirkan satu jemaah qudwah yang hidup dalam naungan Islam yang agung. Realiti kehidupan membawa kita untuk cuba menanam benih-benih dakwah yang hasilnya akan melahirkan pohon kukuh bertunjangkan akar akidah yang jitu.
‘Kanun persamaan’ sebagai panduan duat
Ketahuilah, Al-Quran melakar dengan jelas kanun persamaan tersebut. Kanun persamaan yang dimaksudkan di sini adalah sesuatu perbuatan mengambil hukum perbuatan yang serupa dengannya.
Abu Ammar menjelaskan lagi definisi tersebut dengan mengatakan:
Sesuatu perkara perbandingan itu mengambil hukum perbandingan yang seumpama dengannya dan apa yang terjadi kepada sesuatu, terjadi juga pada perkara yang seumpama dengannya.’Perhatikan ayat-ayat suci Al-Quran berikut:
- “Tidakkah mereka berjalan di atas muka bumi, lalu memperhatikan bagaimana akibatnya golongan sebelum mereka? Allah telah membinasakan mereka; dan untuk golongan kafir (kebinasaan) yang sama seperti itu.” (Muhammad: 10)
- “Bukanlah semata-mata angan–angan kamu sahaja dan bukan semata-mata angan-angan ahli kitab. Barangsiapa mengerjakan kejahatan, nescaya akan dibalas dengan kejahatan pula.” (An-Nisa’: 123)
Kanun persamaan ini tidak mampu difahami oleh mereka yang mengambil sebahagian manfaat daripada Islam sahaja. Hanya pendakwah di jalan Allah SWT sahaja yang mampu melaksanakan tugas untuk meninggikan agama Allah dengan seruan dan larangan tanpa mengenal erti putus asa semata-mata niat yang ikhlas kerana Allah SWT juga haruman Firdausi yang hanya mampu membuat duat tersenyum apabila menghadapi mehnah (ujian) yang panjang.
31 Ogos 2011
Selamat Menyambut Eidulfitir dan Selamat Hari Kemerdekaan ke 54
28 Ogos 2011
Tinta Ramadhan dan Aidilfitri : Pengarah KRIM SA
dan sahabat handai, menjaga nafsu amarah dan syahwat dengan lebih baik, solat Subuh dan Isyak berjemaah di masjid, mendoakan umat Islam yang dihina dan diperlakukan kekejaman seperti di PALESTIN dan IRAQ juga diserata dunia....dan pelbagai lagi amalan-amalan yang jika saya nukilkan di sini boleh menerbitkan sebuah cerpen.
Firman Allah swt dalam surah al-Anfal ayat ke2 yang bermaksud,
15 Ogos 2011
Karakter berdasarkan bulan kelahiran
16 Julai 2011
Kelebihan Syaaban & Malam Nisfu Syaaban
20 Jun 2011
Program Kembara Ilmu SAMTTAJ bangkitkan motivasi pelajar
Dengan lagu 'Menuju Wawasan' sebagai tema, program ini bertujuan untuk para pelajar terus bermotivasi dalam mengejar kecemerlangan di samping membina sahsiah diri yang mantap. Bermula pada hari Sabtu, 17 Jun, pebagai aktiviti telah dijalankan. Dimulakan dengan sesi 'ice breaking' pada petang Sabtu para pelajar didedahkan dengan cara kreatif untuk lebih mengenali kawan. Pada sesi malam berlangsungnya ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Azhari yang menerangkan tujuan hidup dan bagaimana untuk menguruskannya dengan baik. Disusuli dengan sesi LDK yang menitikberatkan kerjasama yang baik untuk mencapai kejayaan.
Seterusnya pada pagi Ahad selepas para peserta membaca mathurat tazkirah berbentuk tayangan diadakan, disertai dengan ulasan oleh para fasi. Para peserta kemudiannya dihidangkan dengan 'talk show' oleh Cikgu Asmadi yang memberi perkongsian untuk pelajar terus cemerlang dan mumtaz untuk ummah. Acara diteruskan dengan 'treasure hunt' oleh pelajar lelaki dan LDK2 oleh pelajar perempuan. Usai solat Zohor, majlis penutup telah diadakan dengan dirasmikan oleh PK Pentadbiran SAMTTAJ, Puan Nor Azuin. Para peserta dan fasi juga telah menerima hadiah sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah.
Pihak KRIM sangat berharap akan dapat meneruskan usahasama bersama SAMTTAJ dan juga mana-mana sekolah yang berminat dalam misi kami untuk membimbing para remaja.
MediaKRIM Shah Alam










