10 November 2012

BRIGED NOVEMBER : CUTI OH CUTI

Ayuh manfaatkan cuti adik-adik!Jika berminat boleh berdaftar dengan abang Hakim 017-5656836 atau pada kak azriana 013-4084063. Tempat adalah terhad. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat menanti adik-adik! Tungga apa lagi ???Jom sertaiii...

02 Ogos 2012

Apa aktiviti adik-adik semasa ramadhan kali ini? Ayuh sertai Kelab Remaja Isma Cawangan Shah Alam beriktikaf di Masjid Negeri 10hb Ogos 2012 ini.Jom sertai beramai-ramai!

15 Julai 2012

Pesanan buat daie muda...oleh as-syahid Imam Hassan Al-Banna


Untuk diriku ini dan istimewa para daie muda….
Hayatilah dengan mata hati pesanan al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna ini…..

“Wahai pemuda, seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala TENAGA dan USAHA kamu untuk ‘aqidah yang kamu yakin ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat. Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah dibuktikan kapada generasi Islam yang pertama dahulu. Setiap orang yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan da’wah ini akan mendapati sesuatu yang mengisi hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapat sesuatu yang mengisi segala daya dan tenaga yang ada padanya. Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih sikap yang serba salah dan tidak jelas terumbang ambing di antara seruan-seruan kefahaman yang mengecewakan dan menyesatkan, maka sesungguhnya angkatan Islam dan tentera-tentera Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira bilangan sama ada sedikit atau ramai”.

Para daie muda yang dirahmati Allah,

                Pengetahuan serta pengalaman mengenai rintangan dan perit pahit perjalanan da’wah ini dapat membantu dan membuat persediaan dan bekalan secukupnya, bersabar dan menyerahkan segala jiwa raganya untuk da’wah. Berlainan dengan orang yang menyangka bahawa jalan tersebut singkat dan dekat, perasaaan resah dan bingung akan mangambil alih di hatinya apabila masa dalam perjalanan itu panjang dan belum sampai ke matlamatnya. Sebaliknya bagi orang yang berpengetahuan bahawa jalan itu jauh, ada rintangan dan menakutkan, ia tidak akan gentar dalam menghadapi perjalanan tersebut malah merasa tenang kerana semuanya itu merupakan tanda dan alamat bahawa ia berada dalam perjalanan yang selamat di atas jalan yang betul berpandukan petunjuk-petunjuk jalan.

“Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Ali-‘Imran : Ayat 126)

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau . Dan jika kamu beriman seta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak meminta harta-hartamu.”
(Surah Muhammad: Ayat 36)

07 Julai 2012

Cerpen 1 : Cukuplah Allah bagiku



“  Ni’ma tolong beg duit kita hilang….,” kata  Sakinah setelah menyedari beg duitnya hilang.

“ Last Kinah guna kat mana?” Tanya Ni’ma

“ Seingat kita kat café”

“ ha…mesti tercicir atau tertinggal kat café”

“ Kita dah tanya pada penjual di café  katanya tak jumpa. Hari ni dah hari Jumaat, petang ni sampai pagi Ahad ada Program Bina Iman.  Emm… tak pelah hari Isnin kita pi balai polis buat report, ” kata Sakinah  tenang.

 Tiada langsung riak risau di wajahnya, kerana dia tahu dalam dompetnya hanya ada RM 30, kad pengenalan dan  kad ATM yang mana paswordnya tiada kena mengena dengan tarikh lahirnya. Dan yang paling penting, dia tahu Allah S.W.T pasti akan membantunya. 

############

Usai Program Bina Iman, pagi itu seperti biasa Sakinah membaca Al-mathurah Kubra. Sudah menjadi kebiasaanya sejak awal semester lagi. Tugasnya sebagai dai´ dan dalam masa yang sama sebagai pelajar dalam kursus yang paling susah untuk lulus di sekolahnya, menjadikan tawakalnya dan keinginan untuk kebersamaan yang kuat kepada Allah S.W.T.  

                Salah satu zikir yang paling diminati dan sangat dihayati oleh Sakinah adalah zikir surah At-Taubah ayat 129:

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

“ Wahai cik moderator program, bila la nak start postmoterm?” Tanya Suhaily selepas tamatnya program. Sebagai Mas’uliah akhwat Sabah, sudah menjadi tanggung jawabnya, untuk memastikan segalanya berjalan lancar.  Sebelum, semasa dan selepas program. 

“ Emm… dalam kul 10 am ok?” Tanya Sakinah semula. 

“Ok!!” Balas Suhaily.

                Ring…ring… telefon Sakinah berbunyi. “ Hello selamat pagi…ini Sakinah bt Rahmat ka?” Tanya orang dalam talian. Suara seorang wanita. Loghat Sabahnya pekat.

“ Ya, saya bercakap.”

“Saya Claudia daripada DBKK (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) bahagian Landscape. Begini bah…saya da jumpa dompet kau dalam timbunan sampah.”

“ha ia ka… Alhamdulillah” balas Sakinah dalam loghat Sabah. 

“Mau berjumpa di mana kita…?”

############
               
                Akhirnya, Sakinah jumpa semula dompetnya. Benarlah kata-kata Allah “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad; ayat 7)

06 Julai 2012

Briged KRIM Julai....

Ayuh sertai....selagi masih ada masa buatmu.....
carilah ilmu dan beramallah....

16 Jun 2012

Iltizam briged 5



15 Jun 2012

KASRIM 2012


08 Jun 2012

Asyiknya Bercinta

Zaman Remaja Yang Indah
Zaman remaja merupakan zaman yang indah. Kata orang, sekali sahaja kan kita lalui zaman ini. Di zaman inilah terkumpulnya segala jenis perasaan di dalam hati; perasaan ingin mencuba, perasaan mahu memberontak, semangat waja, kelincahan, kenakalan muda-mudi dan tidak ketinggalan, yang paling istimewa: cinta.
Masihkah anda ingat pada lirikan dan jelingan pertama ‘si manis’ di kelas sebelah tatkala dia melintasi kelas anda? Masihkah anda ingat pada nota pertama yang ditinggalkannya di bawah meja “Assalamualaikum, boleh berkenalan?” Ataupun masihkah anda ingat saat pertama melihat gula-gula di bawah meja setiap pagi daripada pemberi ‘misteri’ yang baik hati?
Nota, lirikan, senyuman, hadiah ini membuatkan jiwa remaja yang sedang rancak dan giat memberanakkan hormon-hormon remaja melonjak-lonjak. Tak dibalas, rugi. Nak dibalas serba salah kerana belum pernah berbuat begitu.
Akhirnya terbitlah lintasan yang mengatakan; apa salahnya sekali sahaja? Bukan nak buat apa pun? Apalah sangat nak menyambung silaturahim yang suci begini? Kawan-kawan semua berbuat begitu. Di otak terbayang babak-babak filem melayu tatkala hati watak heroin berjaya ditawan jejaka idaman. Indah bukan?
Mungkin itu yang terbayang di kepala adik-adik. Segalanya indah, polos, cantik penuh warna-warni kehidupan. This is life!
Malangnya, dan sayang seribu kali sayang kerana adik-adik sedang ditipu oleh istilah cinta rekaan manusia juga syaitan yang sentiasa menjadikan indah setiap perbuatan yang membelakangi Allah.
Perihal Cinta Syaitan
Di saat saya  melihat Adli saya kasihan, dia seperti ketagihan dan separuh gila terhadap Zana. Apabila dihalang oleh ibu bapa masing-masing daripada bertemu satu sama lain di luar sekolah akibat terbongkarnya aktiviti ‘kotor’ mereka, dia jadi tak tentu arah. Dia merayu-rayu melutut kepada guru-guru agar dibenarkan mereka bertemu, tak tahan rindu katanya. Perasaan malunya hilang entah ke mana. Adli bukan pelajar nakal, bahkan bekas pelajar sekolah agama. Komen adiknya, “Cikgu abang saya baik. Dia bukan begitu dulu”.
Di saat saya melihat ke anak mata Farida dan Faizul, saya bertambah sedih namun perasaan yang lebih besar adalah gagal. Saya rasa gagal dalam mendidik pelajar saya menjadi manusia tatkala berita kelahiran bayi mereka tersebar sedangkan mereka masih hingusan dan keanak-anakkan. Namun, pada mereka ianya begitu mudah, “Kami akan berkahwin selepas ini”. Ya setelah anak luar nikah kalian boleh menyaksikan sendiri perkahwinan ibu bapanya?
Syafiz pula sudah bosan di rumah. Dia mahu ke sekolah bertemu rakan-rakan setelah isteri yang dikahwininya secara paksa akibat tertangkapnya mereka tempoh hari di samping perihal isterinya yang kian memboyot sebelum ‘waktu’ mula menyesakkan jiwa mudanya. Di sekolah dia rancak bercerita itu ini seakan-akan tidak mahu pulang ke rumah menanggung satu tanggungjawab yang tidak layakpun manusia seumurnya menanggungnya. Cintanya pada si isteri, dia tidak pasti. Ya inilah perempuan yang dipujuk rayu setiap hari di sekolah tapi entah mengapa perasaan itu hilang entah ke mana?
Apa yang sedang terjadi?
 Sebenarnya yang sedang terjadi, kenyataan yang mereka benci ini adalah realiti. Dan yang telah remaja-remaja tadi lalui, perasaan yang mereka sangka paling indah yang pernah mereka kecapi adalah ilusi. Ya seperti yang saya katakana tadi, ilusi rekaan manusia-manusia yang tersalah memberi makna kepada cinta dan ilusi syaitan yang mahu menyesatkan manusia.
Cinta itu apa? Ketagihan menggila? Perasaan meronta-ronta mahu bertemu tak kira masa laksana Romeo dan Juliet, sanggup meredah segala, hancurkan hati ahli keluarga, guru-guru dan teman seperjuangan, lupakan tanggungjawab menuntut ilmu dan persetankan semua? Apa atas nama cinta juga remaja-remaja ini bertindak menyerahkan segala-galnya? Itu semua syarat cinta?
Saya teringat kata-kata seorang lelaki kepada seorang wanita yang berjaya diselamatkannya daripada membunuh diri akibat kecewa kerana cinta,
“Sayang sekali, kerana cinta kau memilih neraka”.
Adik-adik, itu bukanlah cinta tetapi nafsu kerana Islam tidak pernah menggariskan kesemua yang adik-adik sangkakan cinta itu sebagai definisinya. Di dalam Islam cinta itu yang dapat memberi kita ketenangan bukan kekalutan kecelaruan! Bahkan kekalutan dan perasaan menggila sebegitulah yang membawa kecelakaan menghalang manusia daripada berfikir secara waras dan hanya mengikut telunjuk nafsu.
Di dalam surah  Allah berfirman yang artinya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (QS.Ar-Ruum [30]:21)
Ayat ini secara jelas membuktikan kasih-sayang yang dijanjikan Allah dengan cara yang diberkati hanyalah kepada satu bentuk hubungan suami isteri secara sah yang mana dijanjikan perasaan tenteram di dalamnya dan bukanlah ‘cinta agung’ yang adik-adik laungkan di alam remaja sekarang. Bukan juga ‘cinta monyet’ yang adik-adik pandang sebagai tiada membawa apa-apa kesan walhal boleh merubah seluruh hidup adik-adik kepada ke kancah kehinaan. 
Matlamat Zaman Remaja
Zaman remaja merupakan zaman yang mana jiwa muda sedang mula ‘terbakar’ dalam menancap erti kehidupan. Dengan kekuatan semangat yang ada, salurlah kekuatan jiwa dan kegilaan yang merenggut segala kapilari darah di dalam diri kita kepada ilmu. Ilmu itu fitrahnya bersih dan jiwa yang kotor ternoda oleh nafsu tak dapat ditakungi ilmu.
Cinta manusia yang kamu cari, adik-adikku sayang akan datang, bila tiba masanya, dan ketika itu ia akan datang dalam bentuk ketenteraman persis janjian Tuhan jika sekarang kamu memusatkan kejernihan hatimu kepada ilmu dan tarbiahNya. Wallahu’alam.

 
Powered by Blogger